Kehadiran Remaja ke Masjid di Perak: Faktor dan Cadangan Kerangka Program
Main Article Content
Abstract
Masjid ialah tempat umat Islam beribadat tetapi peranannya bukanlah terbatas pada ibadat sahaja. Berdasarkan beberapa kajian di beberapa tempat, bilangan orang Islam yang hadir ke masjid adalah sedikit berbanding dengan jumlah masyarakat di sekitarnya. Hal ini membimbangkan terutamanya bagi para remaja yang merupakan pelapis bagi generasi umat Islam akan datang. Terdapat beberapa kajian berkenaan dengan faktor remaja ke masjid yang mengambil kira perspektif jawatankuasa masjid dan juga orang awam. Namun begitu, belum ada lagi kajian yang dibuat tentang sudut pandang Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD). Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor kehadiran serta ketidakhadiran remaja ke masjid menurut perspektif PPMD di negeri Perak. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian fenomenologi hermeneutikal iaitu dengan menemu bual seramai 17 informan PPMD seluruh negeri Perak. Hasil analisis tematik mendapati terdapat sembilan faktor yang menyebabkan remaja hadir ke masjid, dengan pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya dikenal pasti sebagai faktor yang paling signifikan. Selain itu, terdapat tujuh faktor yang menyebabkan remaja tidak hadir ke masjid, dan faktor yang paling dominan ialah sikap sebahagian ahli masjid yang kurang mesra. Berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi minat remaja terhadap aktiviti masjid, satu kerangka program telah dibangunkan. Kerangka tersebut terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu penganjuran pertandingan, penyampaian ceramah selepas solat Maghrib, dan penyampaian hadiah kepada para peserta.
Article Details
Issue
Section

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
References
Abdul Halim Taib. 2015. Tahap kefahaman Fardhu Ain pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan. Undergraduate project paper, Faculty of Applied Social Sciences, Open University Malaysia.
Abdul Munir Ismail, Mazdi Marzuki, Mohd Noor Daud and Abdul Hadi Borham. 2015. Penyediaan kemudahan orang kurang upaya (OKU) di masjid-masjid: Kajian kes di masjid-masjid daerah Batang Padang. Al-Hikmah 7(1): 62–78. https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/116 (accessed 1 May 2023).
Abdul Munir Ismail. 2012. Urus tadbir masjid secara berkesan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdullah Sallehhuddin Abdullah Salim, Norzarina Md. Yatim, Siti Zainab Ibrahim, Muhamad Razak Idris, Baktiar Hasnan and Masitah Esa. 2021. The Impact of pandemic COVID-19 on the activism, financial and digital well being of mosque institution. 3rd ICDIS Islam and Southeast Asian Communities Welfare in the COVID-19 ERA 2(1): 185–204.
Abdullah Walad Ibrahim. 2008. Zad al-Muta‘abbid fi Ahkam wa Adab al-Masajid. Mauritania: Dar Yusuf bin Tasyafin.
Abu Dawud, Sulaiman bin al-Ash‘ath. n.d. Sunan Abi Dawud (tahkik: Muhyi al-Din). Beirut: Al-Maktabah al-‘Asriyyah.
Adanan Mat Junoh, Zulkiple Abd Ghani, Mohd Rushdan Mohd Jailani and Khairunneezam Mohd Noor. 2013. Profil penyertaan dalam pendidikan non-formal di masjid: Implikasi terhadap pembangunan modal insan belia. Jurnal Ulum Islamiyyah Journal 11: 31–47. https://doi.org/10.12816/0008072
Aizan Sofia Amin, Ezarina Zakaria and Norulhuda Sarnon. 2021. Metod kajian kualitatif. In Penulisan tesis: Kajian kualitatif dan kuantitatif, eds. Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi and Nazirah Hassan, 55–84. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali ibn Hajar. 1959/1379H. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Ma’rifah.
Al-Bukhari, Muhammad bin Isma‘il. 2001/1422H. Al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasul Allah صلى الله عليه وسلم wa Sunanih wa Ayyamih @ Sahih al-Bukhari. Lubnan: Dar Touq al-Najah.
Ali al-Tantawi, Muhammad. n.d. Al-Jami’ al-Umawi fi Dimashq. Damsyik: Wizarah al-Awqaf.
Ali al-Qari, Mulla. 2002. Mirqah al-Mafatih Sharh Mishkah al-Masabih. 9 jil. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Raghib, al-Husain bin Muhammad. 1991/1412H. Al-Mufradat fi Gharib al-Qur‘an. Tahqiq oleh Safwan. Beirut: Dar al-Qalam.
Al-Razi al-Lughawi, Muhammad bin Abi Bakr. 1999. Mukhtar al-Sihhah. Beirut: Al-Maktabah al-‘Asriyyah.
Al-Shaukani, Muhammad bin ‘Ali. 1993. Nail al-Autar. 8 jil. Mesir: Dar al-Hadith.
Al-Tirmidhi, Muhammad bin ‘Isa. 1975. Sunan al-Tirmidhi. 5 jil. Mesir: Shirkah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi.
Creswell, J.W. and C.N. Poth. 2018. Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches. 4th ed. Thousand Oaks, California: Sage Publications.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Kamus dewan edisi keempat. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faridah Mohd Sairi. 2002. Program dakwah Masjid Abu Bakar, Temerloh, Pahang. Kajian mengenai sambutan dan masalah. In Koleksi kertas kerja seminar pembangunan masjid, eds. Raihanah Azahari and Mohamad Zaidin Mohamad, 113–124. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Fauwaz Fadzil Noor. n.d. Fiqah pengurusan masjid. Perak: Jabatan Agama Islam Perak. Ibn Abi Shaibah, Abdullah bin Muhammad. 1988/1409H. Al-Kitab al-Musannaf fi al-Ahadith wa al-Athar @ Musannaf Ibn Abi Shaibah (tahqiq: Kamal Yusuf). Riyad, Arab Saudi: Maktabah al-Rushd.
Ibn Hibban, Muhammad. 2012. Sahih Ibn Hibban. Beirut: Mu‘assasah al-Risalah.
Ibn Rajab al-Hanbali, ‘Abd al-Rahman. 1996. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. 9 jilid. Madinah: Maktabah al-Ghuraba’ al-Athariyyah.
Iyad Musa. 1998. Ikmal al-Mu’lim bi Fawa’id Muslim (tahkik: Dr. Yahya). 8 jil. Mesir: Dar al-Wafa’.
Jeffery, A. 2007. The foreign vocabulary of the Qur‘an. Leiden, Netherlands: Brill.
Kementerian Kesihatan Malaysia, Cawangan Kesihatan Keluarga Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. 2005. Garis panduan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan remaja di peringkat kesihatan primer. https://www.infosihat.gov.my (accessed 23 January 2023).
Mahayudin Abu Bakar. 2007. Aktiviti-aktiviti dakwah di masjid-masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia: Satu penilaian. Master diss., Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Marzuki Sepiaail. 2011. Pengurusan program Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River Perak dalam pemantapan akidah. Master diss., Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Azrien Mohamad Adnan, Muhammad Azmi Mustapha and Shukeri Mohamad. 2010. Pemahaman dan perlaksanaan solat berjamaah: Kajian ke atas masyarakat Kg Paya Lada. In Isu-isu pengurusan dan pengimarahan Masjid di Alaf Baru, ed. Ahmad Najib Abdullah, 113–124. Nilam Puri: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi. 1999. Peranan, kurikulum dan reka bentuk masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohammad Sulong. 2002. Aktiviti Masjid Bandar Tun Razak Cheras dalam pembangunan masyarakat Islam: Suatu analisis. Academic exercise. Universiti Malaya.
Mohd Nizam Sahad, Suhaila Abdullah, Muhammad Imran Hj Ibrahim, Narimah Samat and Shamsul Rijal Muhammad Sabri. 2020. Modul remaja al-Ridzuan. Perak: Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak.
Mohd Mahzan Awang, Sayuti Abd Ghani, Che Pee Saad and Md. Sabri Adnan. 2008. Surau sebagai institusi sosial ke arah pembangunan insan: Kajian kes di institut pengajian tinggi. In Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6, eds. Ab. Halim Tamuri, Zetty Nurzuliana Rashed, Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak, Mohd Isa Hamzah, Shahrin Awaludin, Nur
Hanani Hussin and Norasmah Othman, 91–99. Selangor: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Nizam Sahad and Ahmad Badri Abdullah. 2010. Usaha-usaha ke arah penambahbaikan pengurusan dan pentadbiran masjid. In Isu-isu pengurusan dan pengimarahan masjid di alaf baru, ed. Ahmad Najib Abdullah, 43–60. Nilam Puri: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Muhamad Faisal Ashaari and Firdaus Mokhtar. 2018. Pandangan imam dan pentadbir masjid tentang kehadiran masyarakat ke masjid. Jurnal Hadhari 10(2): 205–223. https://ejournals.ukm.my/jhadhari/article/view/28944 (accessed 1 May 2023).
Muhammad Imran Ibrahim, Mohd Nizam Sahad and Suhaila Abdullah. 2020. Pembangunan remaja masjid masa kini: Satu tinjauan di masjid daerah Kinta, Perak. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(3): 168–183.
Muhammad Imran Ibrahim, Mohd Nizam Sahad, Mohd Faizal Abdul Khir and Saiful Azizi Abd Manap. 2022. Pengurusan takmir dan peranan dalam pengimarahan masjid dan surau negeri Perak. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 5(2): 160–181.
Muslim Hajjaj. 1955. Al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar bi Naql al-‘Adl ‘an al-‘Adl ila Rasul Allah صلى الله عليه وسلم @ Sahih Muslim (tahkik: Fuad). Beirut, Lubnan: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Nor Hasimah Arbain and Abdul Munir Ismail. 2019. Pelaksanaan program dakwah di masjid-masjid daerah Batang Padang Perak Darul Ridzuan. In JAUHARI: Penulisan Penyelidikan Mencetus Fakta, Menyalur Idea, ed. Rozita Md. Noh, 25–34. Selangor: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Pendidikan Islam.
Omer, S. 2014. The mosque as a community center. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.
Rizam Tambi Chik and Maimun Aqsha Lubis. 2010. Masjid sebagai pusat perkembangan tamadun Islam. In Prosiding seminar memperkasa masjid sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran, eds. Raihanah Hj. Azahari, Siti Zubaidah Ismail and Asmak Ab. Rahman, 49–60. Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Roslan Mohamed. 2003. Keberkesanan program masjid: Kajian umum masjid-masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. In Membangun Institusi Masjid, eds. Norrodzoh Siren and Yumini Md. Yusof, 37. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.
Saharizah Mohamad Salleh and Abdul Munir Ismail. 2018. Tahap keaktifan aktiviti dakwah remaja di masjid-masjid negeri Selangor: Satu tinjauan. Jurnal Hal Ehwal Islam Negeri Selangor 2(1): 1–12.
Saharizah Mohamad Salleh. 2019. Aktiviti dakwah kepada remaja dan hubungannya dengan kemahiran pengurusan aktiviti di masjid-masjid Negeri Selangor. PhD diss., Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6801 (accessed 1 May 2023).
Suhaila Abdullah, Mohd Nizam Sahad, Jasni Sulong and Mohd Farid Mohd Sharif. 2008. Peranan masjid negara dalam membangunkan modal insan remaja lestari. In Prosiding wacana pendidikan Islam peringkat kebangsaan siri ke-6, eds. Ab. Halim Tamuri, Zetty Nurzuliana Rashed, Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak, Mohd Isa Hamzah, Shahrin Awaludin, Nur Hanani Hussin and Norasmah Othman, 177–183. Selangor: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
van Manen, M. 1990. Researching lived experience: Human science for an action sensitive pedagogy. Albany: State University of New York Press.
Wanili Khairuddin. 1993. Al-Masjid fi al-Islam Ahkamuh Adabu Bida‘uh. Jordan: Al-Maktabah al-Islami.
Zawawi Ismail. 2007. Perspektif al-Quran dan sunah bagi kecemerlangan umat. In Islam hadhari: Kekuatan masjid dalam menjana masyarakat gemilang, ed. Abd. Hamid Othman, 3–25. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.