Pemakaian Emas Perhiasan dan Amalan Berzakat dalam Kalangan Wanita Islam di Pulau Pinang

Main Article Content

Jasni Sulong
Mohd Marbawi Taha
Roshaimizam Suhaimi

Abstract

Amalan pemakaian emas perhiasan dalam kalangan wanita merupakan perkara yang lazim. Amalan pemakaiannya tidak sama antara masyarakat yang berdasarkan pengaruh kaum, budaya, agama, pemastautin, usia dan taraf hidup. Perbezaan ini menimbulkan persoalan hukum berkaitan dengan penetapan kadar nisab (kadar minimum) zakat emas perhiasan kerana penetapan harus  berdasarkan kebiasaan semasa (‘uruf) masyarakat. Lebih-lebih lagi di Pulau Pinang, amalan pemakaian emas perhiasan dalam kalangan wanita Islam telah lama tidak dikaji sejak tiga hingga empat dekad yang lalu. Perbezaan peruntukan undang-undang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam antara negeri di Malaysia juga menyebabkan penetapan kadar ‘uruf setiap negeri berbeza. Selain itu, terdapat juga isu pembayar zakat yang tidak membayar zakat kepada institusi di negeri yang didiami oleh mereka tetapi membayarnya di negeri kelahiran dan sebagainya. Hal-hal ini menyebabkan satu kajian perlu dilakukan berkenaan dengan amalan pemakaian emas perhiasan dalam kalangan wanita Islam Pulau Pinang dan kepatuhan mereka terhadap ketetapan institusi zakat negeri. Kajian ini dijalankan melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik. Seramai 540 wanita Islam di Pulau Pinang telah menjawab soal selidik bagi mendapatkan data kuantitatif. Dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan, data yang diperoleh dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Taburan frekuensi dihitung untuk mendapatkan tafsiran secara deskriptif tentang data kuantitatif yang dianalisis. Kajian mendapati bahawa peratusan yang tinggi direkodkan dalam
amalan pemakaian emas perhiasan dalam kalangan wanita Islam di Pulau Pinang. Kebanyakannya memakai emas perhiasan dalam berat sekitar 200 gram hingga 250 gram. Kajian ini juga mendapati sebahagian besar wanita Islam Pulau Pinang membayar zakat emas perhiasan kepada Zakat Pulau Pinang. Dapatan kajian ini telah menyebabkan perubahan fatwa bagi kadar nisab untuk zakat emas perhiasan di negeri Pulau Pinang yang ditetapkan pada berat 250 gram.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Jasni Sulong, Mohd Marbawi Taha, and Roshaimizam Suhaimi. 2026. “Pemakaian Emas Perhiasan Dan Amalan Berzakat Dalam Kalangan Wanita Islam Di Pulau Pinang”. Kajian Malaysia 44 (2): 321-41. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.14.

References

Abu Dawud, S.S. 1952. Sunan Abi Dawud. Mesir: Maṭba‘at al-Babi al-Ḥalabi

Aithal, A. and S. Aithal. 2020. Development and validation of survey questionnaire and experimental data – A systematical review-based statistical approach. International Journal of Management, Technology, and Social Sciences 5(2): 233–251. https://doi.org/10.2139/ssrn.3724105

al-Bukhari, M.I. 2002. al-Jami’ al-Sahih. Beirut: Dar Tuq al-Najah

al-Maraghi, A.M. 1963. Tafsir al-Maraghi. Mesir: Maktabat Mustafa al-Babi al-Halabi.

al-Nasa’i, A.S. 1986. al-Mujtaba min al-Sunan. Halab: Maktab al-Matbu’ah al-Islamiyah.

al-Nawawi, A.Z. 2022. Kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab lil-Syirazi. Jeddah: Maktabah al-Irsyad.

al-Qardawi, Y. 1978. Halal dan haram dalam Islam. n.p.: al-Ittihad al-Islami al-a’lami lil munazhomat al-Tolabiyah.

al-Qardawi, Y. 1999. Fiqh al-Zakah. Beirut: Muassasah al-Risalah.

al-Ramli, S.A. 2011. Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-Tirmidhi, A.I. 1970. Sunan al-Tirmidhi. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.

Astro Awani. 2023. Pulau Pinang pamer prestasi ekonomi memberangsangkan – Jabatan Perangkaan. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pulau-pinangpamer-prestasi-ekonomi-memberangsangkan-jabatan-perangkaan-482160

(accessed 4 December 2024).

Azri Bhari, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Mohammad Mahyuddin Khalidi, Mohd Ashrof Zaki Yaakob and Mohamad Shukran Abdul Razak. 2019. Aplikasi fiqh zakat emas di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. 17(2): 265–276. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.286

Azlan Yusof Punding, Sitti Hawa Sheikh Mohammad and Nur Ain Abu Bakar. 2024. Zakat collections and distributions within zakat institutions in Malaysia. Journal of Emerging Economies and Islamic Research 12(1): 852. https://doi.org/10.24191/jeeir.v12i1.852

Banerjee, T. 2019. Designing a primary survey-based research. In Research methodology for social sciences, eds. R. Acharyya and N. Bhattachary, 167–180. India: Routledge.

Buletin Mutiara. 2024. 1.8 peratus kadar pengangguran suku pertama 2024 Pulau Pinang - TKM II. https://www.buletinmutiara.com/1-8-peratus-kadar-pengangguransuku-pertama-2024-pulau-pinang-tkm-ii (accessed 4 December 2024).

Clark, V.L.P. and J.W. Creswell. 2015. Understanding research: A consumer’s guide. 2nd ed. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson.

Daniel, W.W. 1999. Biostatistics: A foundation for analysis in the health sciences. New York: John Wiley & Sons.

Djamaludin, A. 2011. Perhiasan tradisional Indonesia. Album sejarah seni budaya Kalimantan Timur I. Penerbit Proyek Pengembangan Media Kebudayaan Departemen Pendidikan dan Kebudayaan RI. www.anneahira.com/perhiasancantik9907.htmresensi.info/buku/.../2011338-adatistiadat-dan-budayadaerah.html (accessed 9 June 2021).

Fayruz Abadi, M.Y. 1995. al-Qamus al-Muhit. Beirut: Dar al-Fikr.

Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamka, H.A. 1986. Tafsir Al-Azhar. Jakarta: Pustaka Panjimas.

Hussain, A. 2021. Barang kemas Melayu yang menjadi ‘fashion statement’ zaman 1950-an hingga 1970-an. Berita Mediacorp. https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/barang-kemas-melayu-yang-menjadi-fashion-statement-zaman-1950-an/4561770.html (accessed 16 June 2021).

Ibn Kathir, I. U. 2000. Tafsir ibn Kathir. Riyadh: Darussalam.

Ibn Majah, M. Y. 1952. Sunan Ibn Majah. Karachi: Vali Muhammad.

Ibn Manzur, J. A. 1990. Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-Sader.

Majlis Agama Islam Negeri Johor. 2021. https://www.maij.gov.my/zakat-pengenalan/zakat-emas-dan-perak (accessed 2 February 2021).

Majlis Agama Islam Negeri Kelantan. 2021. https://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/e-perkhidmatan-kami/kalkulator-zakat-emas (accessed 2 February 2021).

Krejcie, R.V. and D.W. Morgan. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30(3): 607–610.

Mukherjee, S.P. 2019. A guide to research methodology: An overview of research problems, tasks and methods. New York: CRC Press.

Muslim, I.H. 1991. Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. 2021. https://mains.gov.my/v1/zakat/kutipan/jenis-zakat/zakat-emas-dan-perak (accessed 2 February 2021).

Nor Diana Aziz, Abdul Hadi Nawawi and Nor Rima Muhamad Ariff. 2018. Survey on facility managers perception through instant message via WhatsApp application. 6th AMER International Conference on Quality of Life, Pulau Perhentian Resort, Malaysia. 3–4 March.

Omar, F. 2013. Tabarruj penghalang bau syurga. Rawang: Pustaka Ilmuan.

Rashidah Othman, Siti Norlina Muhamad, Farahwahida Mohd Yusof and Muhammad Amir Wan Harun. 2016. Fesyen wanita menurut perspektif Islam dan kesannya terhadap kesejahteraan fizikal dan spiritual. Sains Humanika 8(30): 65–71.

https://doi.org/10.11113/sh.v8n3.953

Majlis Agama Islam Negeri Perlis. 2021. https://www.maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=125&Itemid=844&lang=ms (accessed 2 February 2021).

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. 2021. http://www.maidam.gov.my/index.php/en/zakat-emas (accessed 2 February 2021).

Pusat Pungutan Zakat, MAIWP. 2021. Zakat emas. https://www.zakat.com.my/infozakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas/ (accessed 2 February 2021).

Syaharina Abdullah, Asmak Ab Rahman and Luqman Haji Abdullah. 2023. Exploring zakatable wealth from classical and contemporary scholars perspectives. International Journal of Islamic and Civilizational Studies 10(2): 53–70. https://doi.org/10.11113/umran2023.10n2.614

Salina Ahmad and Siti Maisarah Nazri. 2024. Zakat on gold jewellery: Case of Terengganu. Jurnal ‘Ulwan 9(1): 72–84.

Samani, S.A. 2016. Steps in research process (partial least square of structural equation modeling (PLS-SEM): A review. International Journal of Social Science and Business 1(2): 58–66.

Tutasting@Rawi Nordin, Noraini Saro and Rozman Md Yusof. 2019. Profiling of ‘urf zakat on gold jewelry in Malaysia. International Journal of Academic Research Business and Social Sciences 9(4): 226–232. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v9-i4/5882

Sayid Sabiq. 1990. Fiqh Sunnah. Vol .7 & vol. 14. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Zakat Melaka. 2021. http://www100.izakat.com/InfoZakat/Zakat_Emas_Perak.html (accessed 2 February 2021).

Zakat Pahang. 2021. http://www.zakatpahang.my/index.php/zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas-dan-perak (accessed 2 February 2021).

Zakat Pulau Pinang. 2021. https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/2013-06-30-10-54-31/jenis-zakat/zakat-emas-perak (accessed 2 February 2021).

Zainuddin, M.K., M.N. Zainuddin and M.F. Isa. 2008. Kamus al-Miftah. Shah Alam: Al Azhar Media Enterprise.