Pemilihan Bahasa Diaspora Masyarakat Banjar di Bagan Serai, Perak
Main Article Content
Abstract
Masyarakat Banjar yang berasal dari Kalimantan Selatan sering dikaitkan dengan kecenderungan untuk berhijrah yang dikenali sebagai madam ka banua urang. Walaupun begitu, tradisi mereka beragama dan bersosial tetap terpelihara dengan baik. Di daerah Kerian (Bagan Serai, khususnya), Masjid Tinggi, Masjid Al-Attar dan Masjid At-Taqwa di Taman Serai Maju menjadi pusat aktiviti keagamaan seperti solat, pengajian al-Quran dan ceramah agama. Lokasi ini juga menjadi tempat pelaksanaan aktiviti dalam domain persahabatan seperti jamuan berbuka puasa. Selain bahasa ibunda, masyarakat ini berkomunikasi dalam persekitaran yang menuturkan dialek Melayu Kedah (DMK), bahasa Melayu standard (BM) dan bahasa lain. Kajian ini bertujuan mengkaji pemilihan bahasa dalam situasi multibahasa ini. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif melibatkan pemerhatian berpartisipasi dan rakaman tanpa sedar, manakala kaedah kuantitatif melibatkan soal selidik. Pendekatan Fishman diterapkan sebagai kerangka kajian kerana sesuai dengan konteks masyarakat multibahasa. Kajian rintis dilakukan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik menggunakan sampel yang ditentukan berdasarkan kaedah Krejcie dan Morgan. Hasil kajian mendapati bahawa pola hierarki pemilihan bahasa dalam domain keagamaan berdasarkan sampel ialah BM + DMK = DMK > BBanjar + DMK > BBanjar = BBanjar + BM = BM. Bahasa Melayu standard dan dialek Melayu Kedah lebih banyak digunakan dalam situasi keagamaan di masjid yang bersifat formal dan mudah difahami oleh sebahagian besar jemaah. Dalam domain persahabatan, pola pemilihan bahasa berdasarkan sampel kajian ini ialah BBanjar + DMK = BBanjar + BM > BBanjar > BM + DMK > DMK. Bahasa Banjar masih dominan dalam kalangan generasi berusia, manakala generasi kedua (41–55 tahun) cenderung menggunakan campuran bahasa Banjar dengan dialek Melayu Kedah dan bahasa Melayu standard. Kajian ini memberikan implikasi penting terhadap kosa ilmu masyarakat Banjar di Bagan Serai, khususnya dalam domain keagamaan dan persahabatan.
Article Details
Issue
Section

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
References
Aiza Maslan @ Baharuddin and Norazlan Hadi Yaacob. 2020. Komuniti Banjar di tanah rantau: Ibadah haji sebagai dorongan tradisi masyarakat Banjar ‘Madam Ka Banua Urang’. Jurnal Perspektif 12(1): 39–52.
Ajas, T. and S. Chong. 2022. Pemilihan bahasa di Kampung Sepa, Maluku Tengah, Indonesia. Asian Journal of Environment, History and Heritage 6(1): 73–85.
Akrofi, A.M. 2016. Language choice in multilingual communities: The case of Larteh, Ghana. Legon Journal of the Humanities 25(1): 37–57. https://doi.org/10.4314/ljh.v25i1.3
BPDAS, Barito. 2016. Merajut kebersamaan dalam forum DAS Kalimantan Selatan guna menghijaukan DAS. https://bpdasbarito.or.id/merajut-kebersamaandalam-forum-das-kalimantan-selatan-guna-menghijaukan-das/ (accessed
20 December 2024).
Chong, S., M. Hendrikus and J.T. Collins. 2018. Pemilihan bahasa komuniti Penan Muslim di Sarawak. GEMA Online® Journal of Language Studies 18(4): 61–80.
Cohen, L., L. Manion and K. Morrison. 2007. Research methods in education. 6th ed. Oxon: Routledge.
Coluzzi, P. 2010. Endangered languages in Borneo: A survey among the Iban and Murut (Lun Bawang) in Temburong, Brunei. Oceanic Linguistics, 49(1): 1–30. https://doi.org/10.1353/ol.2010.0007
Creswell, J.W. 2013. Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches. Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.
. 2014. Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches. Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.
David, M.K. 2017. Sindhi in Malaysia-Language maintenance or language shift? Journal of Modern Languages 12(1): 135–146.
DeVellis, R.F. 2012. Scale development: Theory and applications. 3rd ed. Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.
Dhanawaty, W., S. Subakti, S. and R.A. Sari. 2020. Language choice and attitudes in the diaspora community in Bali: Implications for identity formation. International Journal of Language and Linguistics 7(3): 91–100. https://doi.org/10.11648/j.ijll.20200703.12
Dilah Tuah, S. Chong, R. Gedat and Mohammed Azlan Mis. 2021. Pilihan bahasa dalam kalangan etnik minoriti Kedayan di Bekenu, Sarawak: Satu penelitian awal. GEMA Online® Journal of Language Studies 21(2): 177–194. https://doi.org/10.17576/gema-2021-2102-09
Fishman, J.A. 1972a. The sociology of language. Rowley, Mass: New Bury House.
______. 1972b. The relation between micro and macro sociolinguistics in the story of who speaks what language to whom and when. In Sociolinguistics, eds. J.B. Pride and J. Holmes
______. 1991. Reversing language shift: Theoretical and empirical foundations of assistance to threatened languages. Clevedon: Multilingual Matters Ltd.
Fuller, J. 2007. Language choice and identity formation among Mexican-American children in bilingual classrooms. International Journal of Bilingual Education and Bilingualism 10(3): 276–300. https://doi.org/10.2167/beb466.0
Husni, M. 2016. Sikap bahasa masyarakat Banjar dalam ranah keluarga dan pemerintah Kabupaten Kotabaru Kecamatan Pulau Laut Utara. Jurnal Ilmiah Pendidikan Cendekia 4(7):1–20.
Johannes, J.R. 1990. Hikayat Banjar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R.V. and D.W. Morgan. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30(3): 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308
Lindblad, J.T. 1988. Between Dayak and Dutch: The economic history of Southeast Kalimantan 1880–1942. The Netherlands: Foris Publications Holland.
Lovrits, V., H. Langinier and S. Ehrhart. 2024. French and language ideologies in a multilingual European Union institution: Re-constructing the meaning of language choice at work. International Journal of Cross Cultural Management 24(1): 45–62. https://doi.org/10.1177/14705958241237951
Mao, H.-Y. 2006. The relationship between organizational level and workplace friendship. The International Journal of Human Resource Management 17(10): 1819–1833. https://doi.org/10.1080/09585190600965316
Maxwell, J.A. 2009. Designing a qualitative study. In SAGE Handbook of Applied Social Research Methods, eds. L. Bickman and D.J. Rog, 214–253. Thousand Oaks, CA: SAGE Publications. https://doi.org/10.4135/9781483348858.n7
Mohammed Azlan Mis. 2011. Analisis pilihan bahasa sebagai lingua franca di negeri Sarawak. PhD diss., Universiti Malaya.
Mohamed Salleh, L. 2017. Hujan emas di negeri orang perantau Banjar dari Pajukungan, Kalimantan Selatan. Selangor: MZ Edu Publications.
Myers-Scotton, C. 1993a. Duelling languages: Grammatical structure in codeswitching. Oxford: Clarendon Press.
. 1993b. Social motivations for codeswitching: Evidence from Africa. Oxford: Clarendon Press.
Norazuna Norahim. 2021. Pendokumentasian bahasa terancam di Sarawak: Pengalaman dari komuniti Miriek. In International K@Borneo Virtual Conference Proceedings 2021, 104–111. Sarawak: Pustaka Negeri Sarawak.
Noriah, M. and A.K. Meriam. 2005. Penggunaan bahasa Melayu Kreol Chetti Melaka: Satu analisis domain. Jurnal Bahasa 5(1): 1–50.
Nunnally, J.C. 1978. Psychometric theory. 2nd ed. New York: McGraw-Hill.
Pejabat Penghulu Mukim Bagan Serai. 2024. Jumlah populasi dan sampel penduduk Mukim
Bagan Serai berdasarkan data pentadbiran Kampung/JKKK Tahun 2023. Bagan Serai, Perak: Pejabat Penghulu Mukim Bagan Serai.
Rafiek, M. and M. Zaini. 2024. Leksikon alat penangkap ikan dan udang tradisional bahasa Banjar dialek Kuala yang terancam punah di Kabupaten Banjar. Prosiding Seminar Nasional Lingkungan Lahan Basah 9(2): 116–126.
Riduan Makhtar, Siti Aisah Zailani and Abd Ganing Laengkang. 2019. Pemilihan bahasa dalam masyarakat Semai di Kampung Serigala, Hulu Selangor. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. 24–25 April.
Sa’adiah, M. 2014. Pemilihan bahasa: Proses peralihan bahasa masyarakat Che Wong. Jurnal Melayu 12(1): 32–43.
Saifullah and Susi, F.D. 2018. Keberadaan etnik atau “urang” Banjar di Malaysia. Padang: Hayfa Press.
Samina Sarwat, Haris Kabir, Numra Qayyum dan Muhammad Akram. 2021. Language shift and maintenance: A case ctudy of Pakistani-American family. International Journal of English Linguistic 11(1): 86 http://doi.org,10.5539/ijel.v11n1
Yusmawati, M.Y. 2021. Kata sapaan dan rujukan dalam kalangan masyarakat Banjar terpilih di Daerah Kerian, Perak. Master’s diss., Universiti Sains Malaysia.