Politik Penggabungan Dalam Sistem Politik Malaysia, edited by Sivamurugan Pandian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2026. x + 102 pp. ISBN: 978-967-488-448-2

Main Article Content

Nazarudin Zainun

Abstract

Buku Politik Penggabungan Dalam Sistem Politik Malaysia, suntingan Sivamurugan Pandian, menghimpunkan tujuh bab yang membincangkan perkembangan, transformasi dan cabaran politik penggabungan dalam masyarakat majmuk Malaysia. Karya ini menelusuri perubahan daripada dominasi Perikatan dan Barisan Nasional kepada landskap politik pasca-2018 yang lebih kompetitif, terpecah dan berasaskan wilayah. Ulasan ini menilai sumbangan buku dengan menumpukan dimensi etnik, wilayah dan dasar sosial, di samping menghubungkan perbincangannya dengan teori konsosiasionalisme Lijphart (1977), konflik etnik Horowitz (1985), sistem politik Easton (1965) dan politik gabungan Laver dan Schofield (1990). Ulasan ini berhujah bahawa buku tersebut berjaya menggambarkan perubahan struktur kuasa dan pembentukan gabungan politik di Malaysia, khususnya melalui kemunculan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Walau bagaimanapun, pendalaman teori, analisis kritis terhadap ketidakseimbangan kuasa dan perbandingan rentas negara masih boleh diperkukuh. Secara keseluruhannya, buku ini menyumbang kepada pemahaman politik Malaysia kontemporari, khususnya tentang peranan kompromi dan rundingan dalam mengekalkan kestabilan politik.

Article Details

Section

Book Review

How to Cite

Nazarudin Zainun. 2026. “Politik Penggabungan Dalam Sistem Politik Malaysia, Edited by Sivamurugan Pandian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2026. X + 102 Pp. ISBN: 978-967-488-448-2”. Kajian Malaysia 44 (2): 383-92. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.17.

References

Case, W. 2013. Politics in Southeast Asia: Democracy or less. Oxon: Routledge.

Easton, D. 1965. A systems analysis of political life. New York: Wiley.

Horowitz, D.L. 1985. Ethnic groups in conflict. Berkeley: University of California Press.

Laver, M. and N. Schofield. 1990. Multiparty government: The politics of coalition in Europe. Oxford: Oxford University Press.

Lijphart, A. 1969. Consociational democracy. World Politics 21(2): 207–225. https://doi.org/10.2307/2009820

______. 1977. Democracy in plural societies: A comparative exploration. New Haven: Yale University Press.

Milne, R.S. and D.K. Mauzy. 1999. Malaysian politics under Mahathir. London: Routledge.

Weiss, M.L. 2006. Protest and possibilities: Civil society and coalitions for political change in Malaysia. Stanford, CA: Stanford University Press.