Gift-Giving and Overlordship: The Ideological Basis of Social Exchange in Traditional Malay Society
Main Article Content
Abstract
Pemberian dan pertukaran hadiah antara pemerintah dan rakyat adalah satu aktiviti yang mencirikan sistem pentadbiran tradisional di Asia Tenggara. Ahli-ahli sejarah yang tertarik dengan amalan ini telah menjelaskan fenomena tersebut dari segi hubungan fungsional antara sistem ekonomi dan hegemoni politik. Dalam artikel ini, dengan berpandukan hujah-hujah Marcell Mause tentang peranan unsur-unsur subjektif mengasaskan amalan pertukaran hadiah, penulis cuba menghuraikan asas falsafah dan isu-isu moral yang menggerakkan pertukaran sosial di antara raja-raja Melayu dan rakyat mereka. Berdasarkan analisis tekstual Sejarah Melayu, penulis menyarankan bahawa prinsip organisasi yang menjalinkan raja-raja Melayu dan rakyat mereka ke dalam satu jaringan pertukaran ialah pertimbangan mereka kepada soal maruah dan mertabat yang dilambangkan dalam konsep "nama".
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.