Pengeluaran dan Perdagangan Padi dan Beras di Negeri Kedah dari Pendudukan Jepun Hingga Pentadbiran Tentera Thai, 1942-1945
Main Article Content
Abstract
Kajian ini mendedahkan pertama kali-kalinya krisis makanan dan kesan-kesan buruk akibat daripada monopoli beras dan padi yang dikongsikan oleh Daimaru-Mitsubishi dengan Jabatan Pertanian Kedah semasa Pendudukan Jepun daripada tahun 1941 hingga 1943 dan daripada 1943 sehingga 1945 semasa Kedah di bawah Pentadbiran Tentera Thai. Segala usaha Pentadbiran Tentera Jepun untuk mengawal, mengarah dan mengajar kaedah pertanian baru merupakan satu bebanan yang berat kepada kaum tani. Justeru itu, pembaharuan ini menimbulkan tindakbalas yang negatif. Keadaan makanan menjadi kritikal pada tahun 1944. Kerajaan Melayu Kedah bukan sahaja gagal mempertahankan kedaulatannya, tetapi juga tidak berupaya melindungi rakyatnya dari pemerasan Tentera Jepun. Tekanan, keganasan dan rampasan dari Nippon-jin (Orang Jepun) untuk mempastikan kuota beras Tentera Jepun dipenuhi, sangat dirasai oleh kaum tani, seperti yang dicerminkan dalam rekod-rekod kerajaan Kedah dan dalam Syair Kenang-Kenangan yang dipetik oleh penulis. Agen-agen Daimaru Mitsubishi dan askar-askar Tentera Jepun mengawal dengan ketat segala pengeluaran beras dan padi. Lebihan beras yang biasanya untuk makanan dan keperluan penduduk awam juga dirampas. Semasa itu penghulu, panglima dan ketua kampung serta Nippon-jin dibenci oleh rakyat. Tindakbalas kaum tani ialah mengambil kesempatan untuk menjual lebihan padinya di pasaran gelap, atau tidak mengeluar berlebihan dari keperluan mereka. Kerajaan Thai menjadi mangsa permintaan- permintaan Tentera Jepun yang samа.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.