Cutting Tax Rates to Generate Savings: A Note on the Malaysian Attempt
Main Article Content
Abstract
Kadar cukai pendapatan telah dikurangkan untuk semua kelas pendapatan dalam belanjawan 1985, terutamanya bagi meningkatkan peringkat tabungan sektor swasta. Sistem pencukaian baru ini lebih menguntungkan mereka yang berada dalam linkungan cukai marginal yang tinggi. Ini bermakna ianya kurang progresif berbanding dengan sistem pencukaian yang digunakan dahulu. Pendekatan meningkatkan tabungan ini berasaskan dua andaian berkait. Pertama, pemotongan kadar cukai yang memberi faedah kepada mereka yang kaya akan meningkatkan tabungan total kerana mereka lebih bersikap berjimat. Kedua, kesaksamaan dan tabungan tinggi adalah dua matlamat yang bertentangan apabila dilakukan melalui sistem cukai. Rencana ini menerangkan bahawa asas andaian-andaian tersebut tidak semestinya sah.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.