A Critique Of World System Theory
Main Article Content
Abstract
Ini adalah satu kritik teoretis mengenai teori sistem-dunia (TSD), format sistemnya dan pertentangan di antara jaringan kerja sistem dan retorik tindakan seperti yang dianjurkan oleh pelopornya yang terkemuka, Immanuel Wallerstein. Oleh kerana TSD adalah rakus, ia percaya kepada hanya satu sistem sosial sahaja dan oleh itu hanya satu ragam pengeluaran, iaitu ekonomi-dunia kapitalis dengan tamadun kapitalis yang telah menguasai dan membataskan tetapi belum menghapuskan tamadun lain. Pengkritik ini telah berdepan dengan Wallerstein ke atas dua perkara. Satu daripadanya menegaskan bahawa kelemahannya bukan sahaja dari segi model sirkulasi tetapi lebih pokok lagi, iaitu dalam teori sistem, di mana teori sistem sosial sebagai tunjang kepada konsep ‘sistem dunia moden'. Pengarang berpendapat bahawa TSD sangatlah mundur, penuh dengan teka-teki axioms yang tidak logikal serta andaian-andaian yang tidak berhasil, seolah-olah sebuah kapal terbang dibentuk dari besi waja. Kritik yang lain pula menyarankan bahawa ia adalah rumit, malah tak mungkin, untuk menyatukan sistem dengan dimensi tindakan dalam satu-satu teori; oleh sebab tidak ada teori sistem tetapi hanya retorik sistem. Ia adalah pernyataan semula 'neo-reductionist', harapan-harapan akan kesembelangan dan perletakan makhluk ekonomi dalam ertikata hubungan-hubungan pasaran. Ia adalah juga kemasukan secara pintu belakang fungsionalisme-struktural Amerika ala T.Parsons melalui pelengkungan kesejarahan-struktural Peranchis ala F. Braudel.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.