The State, Authoritarianism And Industrialization: Reflections On The Malaysian Case

Main Article Content

Johan Saravanamuttu

Abstract

Rencana ini meninjau kemunculan dan pembesaran negara sesudah-penjajahan di Malaysia bersabit dengan proses pengindustrian serta kesan-kesan ekonomi-politiknya. Hujahannya ialah bahawa struktur autoritarianisme telah resap buat sementara di dalam sebuah pembentukan sosial dunia ketiga seperti Malaysia yang mempunyai tiga penggerak sosial dominan -- negara, burjuis tempatan, dan burjuis asing. Model politik birokratik-autoritarin yang disarankan oleh O’Donnell adalah sesuai bagi memahami kecenderungan ke arah autoritarianisme. Rencana ini menyarankan bahawa kemungkinan ke arah pengdemokrasian dapat dicungkil daripada analisa kapitalisme lewat oleh penganalis gelaran "pos-marxis" yang mementingkan pembesaran kemajmukan sosial sebagai cara untuk mengatasi kongkongan negara ke atas para warganegara

Article Details

How to Cite
Johan Saravanamuttu. 1987. “The State, Authoritarianism And Industrialization: Reflections On The Malaysian Case”. Kajian Malaysia 5 (2): 43-75. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles