Commercial Competition To Government Monopoly In Television: Implications Of The Malaysian Experience

Main Article Content

R. Karthigesu

Abstract

Kerajaan Malaysia, setelah mempunyai monopoli di dalam media penyiaran selama hampir 40 tahun, telah mengambil keputusan untuk membenarkan sebuah syarikat swasta mengendalikan sebuah stesen televisyen di negara ini pada tahun 1984. Ini adalah suatu langkah yang berani dan berbeza daripada apa yang biasa diamalkan di negara-negara Dunia Ketiga di rantau Asia. Biasanya bukan sahaja penyiaran dijadikan hamba kepada kerajaan di rantau ini, tetapi juga di arah memberi khidmat untuk menjayakan cita-cita spesifik kerajaan. Tetapi apabila dikaji dengan teliti, keputusan kerajaan Malaysia ini bukanlah merupakan satu usaha yang berdasarkan kepada prinsip melonggarkan sikap kerajaan terhadap media penyiaran, tetapi lebih merupakan berdasarkan kepada prinsip perniagaan. Ia merupakan suatu peraturan untuk memberi peluang kepada beberapa orang usahawan media untuk berniaga dengan hiburan elektronik, dengan sekatan-sekatan yang tidak langsung dikenakan kepada penyebaran maklumat supaya jangan mengancam cita-cita kerajaan. Dengan itu usahawan-usahawan ini bermula memberikan hiburan popular untuk menarik penonton yang banyak dan pendapatan yang lumrah, bersaing dengan saluran-saluran kerajaan. Artikel ini mengkaji implikasi-implikasi persaingan ini kepada polisi rancangan-rancangan televisyen pada amnya, kepada mutu akhlak yang telah dipertahankan sehingga kini, imbangan rancangan tempatan dengan yang diimport dan corak penyiaran di negeri ini pada masa hadapan.


 

Article Details

How to Cite
R. Karthigesu. 1987. “Commercial Competition To Government Monopoly In Television: Implications Of The Malaysian Experience”. Kajian Malaysia 5 (2): 76-86. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles