Kajian Kes Mengenai Profil Psikologi Penagih-Penagih Dadah Secara Berpanjangan
Main Article Content
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian kes jangka-panjang yang bertujuan mengkaji profil psikologi individu-individu yang sudah pun menjadi penagih.
Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen dan masa yang ditetapkan ialah dua belas bulan. Dua puluh orang penagih-penagih dari Pusat Insaf Diri, Bukit Mertajam dipilih dan berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditentukan mereka dipadankan secara berpasangan dan seorang daripada setiap pasangan ini dibahagikan secara rawak kepada kelompok eksperimen atau kelompok kawalan.
Keputusan kajian menunjukkan (i) penagih-penagih ini mempunyai konsep kendiri yang sangat rendah, dan (ii) penagih-penagih ini juga adalah psikotik dan neurotik. Kedua-dua penemuan ini saling bertindih dan mengesahkan lagi bahawa pergantungan dadah melibatkan masalah-masalah psikologi dan sahsiah. Walaupun demikian masalah-masalah ini sukar dipisahkan daripada situasi-situasi sosial. Kemungkinan besar juga tingkahlaku begini timbul hasil daripada situasi-situasi sosial.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.