Production In Transition Within The Semiconductor Industry And Its Impact On Penang
Main Article Content
Abstract
Industri separa konduktor telah memainkan peranan penting di dalam ekonomi Pulau Pinang sejak pelancaran Zon Perdadangan Bebas pada tahun 1972. Namun, sehingga dekad 1980an, Pulau Pinang telah kekal sebagai salah satu 'lapak luaran' syarikat separa konduktor asing. Lantaran itu, apabila syarikatsyarikat separa konduktor mula mengautomasi barisan pengeluaran, spekulasi berleluasa bahawa cawangan cawangan di Pulau Pinang akan ditempatkan balik di tapak tapak induk. Bertentangan dengan tafsiran ini, penulis menunjukkan bagaimana peralihan pada dekad 1980an, khususnya sejak krisis seluruhindustri pertengahan tahun 1984 memperlihatkan Pulau Pinang sebagai salah satu tapak pemusatan tahap-tahap pengeluaran bawahan. Penulis juga membincangkan bagaimana peralihan ini telah mentransformasikan peranan industri separa konduktor di dalam ekonomi Pulau Pinang.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.