Attitudes, Practices and Felt Needs Related To Child Care Among Rural Malays In Kuala Muda

Main Article Content

Choo Keng Kun

Abstract

Dari kajian ini, adalah jelas bahawa cara-cara penjagaan kanak-kanak tradisional masih kekal di komuniti-komuniti desa Melayu di mana ibu-ibu memainkan peranan-peranan utama serta menanggung tanggungjawab-tanggungjawab asas mengenai penjagaan kanak-kanak. Lebih daripada 71 peratus responden perempuan dalam kajian ini mengakui bahawa mereka adalah penjaga utama kanak-kanak mereka dan biasanya mereka sendiri yang menjalankan tugas-tugas ini. Kaum bapa ataupun lelaki pula bukan sahaja kurang membelanja masa dengan kanak-kanak mereka jika dibandingkan dengan kaum perempuan, tetapi skop dan jenis aktiviti dalam peranan-peranan yang mereka terlibat dalam penjagaan kanak-kanak juga terhad. Puratanya, kaum lelaki membelanja lebih sedikit dari 4 jam sehari sahaja untuk memain-main, mendidik dan mengajar kanak-kanak mereka manakala kaum perempuan membelanja sampai 10 jam sehari dalam aktiviti-aktiviti sedemikian di samping terlibat dalam aktiviti-aktiviti lain seperti memberi makanan, pakaian dan rawatan kepada kanak-kanak mereka. Kebanyakan responden perempuan kajian ini tidak memandangkan tadika sebagai satu pengganti ataupun cara alternatif untuk penjagaan kanak-kanak. Kurang daripada 15% di antara mereka mengatakan bahawa tadika merupakan penjaga utama untuk kanak-kanak mereka dan majoriti (98%) di antara mereka tidak dapat mengidentifikasikan alasan-alasan kenapa mereka menghantar kanak-kanak mereka ke tadika-tadika tersebut. Walaupun tanggungjawab mereka dalam penjagaan kanak-kanak adalah berat, kebanyakan (80%) di antara kaum wanita di Kuala Muda tidak menghadapi sebarang masalah dalam penjagaan kanak-kanak. Pada keseluruhannya, mereka puas hati dengan cara-cara dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada untuk penjagaan kanak-kanak di kampung-kampung mereka. Walau bagaimanapun, satu pertiga di antara responden kaum lelaki dalam kajian ini, berpendapat bahawa mutu penjagaan kanak-kanak di tadika perlu ditingkatkan dan pemeriksaan kesihatan secara biasa juga perlu diberi kepada kanak-kanak pra-sekolah di kampung-kampung mereka.

Article Details

How to Cite
Choo Keng Kun. 2026. “Attitudes, Practices and Felt Needs Related To Child Care Among Rural Malays In Kuala Muda”. Kajian Malaysia 6 (1): 124-47. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles