Jajahan Melayu Dan Seri Perak: Satu Catatan Tentang Dua Ahkbar Melayu Semenanjung Tanah Melayu Akhir Kurun Kesembilan Belas
Main Article Content
Abstract
Rencana ini meneliti sejarah penerbitan dua di antara akhbar-akhbar terawal yang pernah diterbitkan di Semenanjung Tanah Melayu dan buat pertama kalinya dengan secara yakin mengenal pasti tokoh-tokoh penggerak utama kedua-dua akhbar mingguan tersebut. Walaupun tumpuan adalah kepada mengkaji sejarah dan sifat akhbar Jajahan Melayu, dengan menggunakan naskhah-naskhah akhbar tersebut yang masih wujud lengkap dari bilangan pertama hingga bilangan terakhir dikemukakan juga, contoh-contoh yang dapat membayangkan isi, watak serta corak kewartawanan dan persuratkhabaran Melayu secara umumnya pada hujung kurun ke-19 itu. Rencana ini juga barangkali dapat memberikan secebis imbasan tentang suasana masyarakat dan corak pemikiran, khususnya di kalangan orang-orang Melayu, dalam zaman-zaman awal penjajahan langsung Bristish di Semenanjung.
Article Details
How to Cite
Abdul Rahman Haji Ismail. 1988. “Jajahan Melayu Dan Seri Perak: Satu Catatan Tentang Dua Ahkbar Melayu Semenanjung Tanah Melayu Akhir Kurun Kesembilan Belas”. Kajian Malaysia 6 (2): 1-21. https://doi.org/10.21315/.
Issue
Section
Articles

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.