Mahathir's Corporatism VS Razaleigh's Liberalism: Capitalist Expansionism, Class Fractionalization And Intra-Bourgeoisie Party Factionalism

Main Article Content

Mohamad Abdad Mohamad Zain

Abstract


Kajian UMNO ini berkait dengan permasalahan kapitalisme negara; iaitu usaha yang gigih oleh birokrasi pusat bagi menghimpun nilai lebihan, termasuk pinjaman luar negeri, dan merubah bentuk kelas burjuis yang lemah dalam hubungannya dengan kelas-kelas yang lain, baik tempatan mahupun antarabangsa. Perlakuan ekonomi politik ini akan menonjolkan satu strata pentadbir atau 'elit kuasa' bagi membuat urusan-urusan strategis dalam proses himpunan nilai lebihan ini. Justru politik menjadi satu pertarungan memenangi kedudukan kepimpinan dalam birokrasi di samping sebagai pertarungan antara kelas dan pecahan kelas-kelas strategis yang dicetuskan oleh penerusan kontradiksi. Kedua-dua pertarungan ini ternampak dalam perpuakan UMNO. Di dalam kapitalisme yang terbantut, perpuakan ini akan semata-mata menjadi rebutan kuasa 'tulin' atau kuasa birokratis. Keadaan ini hanya boleh berubah melalui 'memberi dan menerima habuan' atau tolak ansur dalam sebuah kapitalisme yang berkembang, di mana kelas burjuisnya mencapai satu tahap keyakinan yang kian membebasnya dari kawalan maha kuasa birokrasi tadi.

Article Details

How to Cite
Mohamad Abdad Mohamad Zain. 1988. “Mahathir’s Corporatism VS Razaleigh’s Liberalism: Capitalist Expansionism, Class Fractionalization And Intra-Bourgeoisie Party Factionalism”. Kajian Malaysia 6 (2): 22-41. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles