Strategi Pembangunan Berhaluan-Kemiskinan: Satu Kritik Ke Atas Pendekatan Pembangunan Desa Bersepadu Dengan Rujukan Khas Kepada Program Bank Dunia
Main Article Content
Abstract
Rencana ini membicarakan mengenai keberkesanan strategi-strategi pembangunan desa bersepadu - berhaluankan kemiskinan - dalam mengatasi masalah kemunduran desa di Negara Dunia Ketiga (ND3). Walaupun strategi-strategi tersebut dikembangkan sebagai satu pendekatan baru (mulai akhir tahun 1970-an) berikutan daripada kegagalan program-program pembangunan desa sebelumnya (tahun-tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an), keupayaannya untuk mengatasi masalah kemunduran desa di ND3 masih diragui. Ini ialah kerana, antara lainnya, unsur-unsur baru dalam program berkenaan hanya mencakupi aspek-aspek pentadbiran dan teknikal sahaja manakala falsafah asas serta pendekatan utamanya tidak banyak berubah. Sehubungan dengan ini, program-program tersebut tidak berdepan secara langsung dengan masalah-masalah struktural dalam mengatasi kemunduran desa ND3. Dalam menghuraikan persoalan-persoalan tersebut, rencana ini juga telah meneliti program-program pembangunan desa anjuran Bank Dunia dengan lebih mendalam lagi.
Article Details
How to Cite
Shukri Abdullah. 1988. “Strategi Pembangunan Berhaluan-Kemiskinan: Satu Kritik Ke Atas Pendekatan Pembangunan Desa Bersepadu Dengan Rujukan Khas Kepada Program Bank Dunia”. Kajian Malaysia 6 (2): 42-64. https://doi.org/10.21315/.
Issue
Section
Articles

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.