The Eve-of-Independence Constitutional Debate on Fundamental Liberties and Judicial Review: A Window on Elite Views and Constitutional Government in Malaysia
Main Article Content
Abstract
Pembentukan keputusan tentang perlembagaan, dan kontroversi-kontroversi yang kadangkala dicetuskannya, adalah sebenarnya usaha pengimbangan dan pembedakan nilai-nilai politik yang bersaingan. Sifat berdilema ini menjadikan perdebatan-perdebatan perlembagaan selaku satu yang turut menonjolkan pemikiran politik - nilai, kepercayaan dan sikap - pedebat pedebatnya. Yang amat menarik sekali adalah pemikiran elit pemerintah kerana ianya berkemungkinan kuat mempengaruhi bentuk politik negara. Makalah ini meneliti debat atas soal hak asasi dan peranan kehakiman sebelum sahaja merdeka sebagai usaha awal mengenalpasti beberapa pandangan elit berkaitan dengan pemerintahan berperlembagaan di Malaysia. Dicadangkan yang pandangan elit ini masih mempengaruhi secara luasnya perkembangan perlembagaan negara dan kerana itu hal ini harus diakui dan dihadapi jika trend masa lampau ingin kita hindarkan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.