Kesatuan Sekerja Malaya Dijinakkan Semasa Darurat Sebelum Merdeka, 1948-57
Main Article Content
Abstract
Makalah ini mengulas usaha menjinakkan gerakan kesatuan sekerja di Tanah Melayu pada tahun 1948-57, iaitu semasa Darurat sebelum mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1948-50, kesatuan sekerja militan yang timbul selepas penaklukan Jepun telah dihapuskan secara kejam. Kemudiannya, kesatuan sekerja yang dianggap 'moderate' dan 'bertanggungjawab' telah dibenarkan, malah digalakkan untuk mengisikan kekosongan akibat penekanan sebelumnya. Pada pertengahan tahun 1950-an, gerakan kesatuan sekerja sudah mula memberi sumbangan besar kepada perjuangan untuk kemerdekaan sekali lagi. Sebahagian besar daripada rangka institusi kesatuan sekerja dan perhubungan perusahaan yang terdapat kini sebenarnya berakar-umbi pada zaman penting ini.
Article Details
How to Cite
Jomo K.S., and Patricia Todd. 1990. “Kesatuan Sekerja Malaya Dijinakkan Semasa Darurat Sebelum Merdeka, 1948-57”. Kajian Malaysia 8 (1): 21-48. https://doi.org/10.21315/.
Issue
Section
Articles

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.