Penyeluruhan Di Dalam Sejarah: Revolusi Industri Sebagai Contoh

Main Article Content

Qasim Ahmad

Abstract


Artikel ini meneliti satu aspek penting di dalam penulisn sejarah, yakni soal penyeluruhan. Di dalam analisis selanjutnya, perbandingan di antara kaedah yang diamalkan di dalam bidang sejarah dan sains tulen telah diketengahkan. Soal sama ada kedua-dua kaedah itu sama sahaja pada asasnya menjadi fokus perbincangan. Bersabit dengan hal ini, pendapat beberapa orang sarjana yang saling bertentangan tentang isu ini juga dipaparkan. Setelah menilai pandangan yang menonjolkan ketidaksamaan di antara kaedah pengkajian sejarah dengan sains tulen, artikel ini menekankan pula beberapa kelemahan di dalam pendekatan yang sedemikian itu. Misalnya pandangan konvensional yang menegaskan bahawa eksperimen di dalam sains tulen boleh diulang-ulang dengan pengakibatan yang serupa sahaja telah ditolak. Alasan penolakan tersebut ialah penghasilan mana-mana dua eksperimen sains tidak mungkin sama secara saling tak tumpah ke darjah yang paling terendah atau poin yang terkecil. Apabila sudah dijelaskan bahawa perbezaan yang sedemikian itu wujud di dalam eksperimen sains, maka perbezaan yang memang terdapat di antara satu revolusi industri dengan yang lain tidaklah menghairankan. Dengan ini juga sekaligus tertolaklah dakwaan yang mengatakan terdapat perbezaan di antara kaedah sains dan kaedah sejarah. Inilah intipati artikel ini. Perincian lanjut kepadanya dan isu lain yang berkaitan dimuatkan sekali sebagai sokongan.

Article Details

How to Cite
Qasim Ahmad. 1990. “Penyeluruhan Di Dalam Sejarah: Revolusi Industri Sebagai Contoh”. Kajian Malaysia 8 (1): 93-105. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles