Pekerjaan Dan Pendapatan: Satu Petunjuk Untuk Mendapatkan Rumah Awam Di Kuala Lumpur Dan Seremban

Main Article Content

Nurizan Yahaya

Abstract


Keupayaan untuk membeli atau menyewa rumah bergantung kepada faktor kemampuan atau pendapatan. Kajian ini melihat hubungan antara pekerjaan dan pendapatan dengan keupayaan mendapatkan rumah di kalangan isirumah berpendapatan rendah di bandar. Hasil kajian ini menunjukkan isirumah yang bekerja dalam sektor formal yang mana mempunyai status pekerjaan yang tetap dan purata pendapatan yang lebih tinggi mempunyai lebih peluang untuk mendapatkan rumah awam dibandingkan dengan ketua keluarga dalam sektor tak-formal. Sektor tak-formal berkait rapat dengan status pekerjaan yang tidak tetap dan purata pendapatan yang lebih rendah. Kajian ini juga menunjukkan purata pendapatan penghuni rumah awam yang lebih tinggi daripada penghuni di kawasan setinggan. Ini menunjukkan isirumah yang mempunyai taraf pekerjaan yang tetap dan pendapatan yang lebih tinggi diberi keutamaan untuk menduduki rumah awam. Sementara isirumah yang kurang mampu terpaksa tinggal di kawasan setinggan. Keadaan sedemikian tidak dapat menyelesaikan masalah perumahan di kalangan golongan yang berpendapatan rendah.

Article Details

How to Cite
Nurizan Yahaya. 1990. “Pekerjaan Dan Pendapatan: Satu Petunjuk Untuk Mendapatkan Rumah Awam Di Kuala Lumpur Dan Seremban”. Kajian Malaysia 8 (1): 106-20. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles