Malpemakanan: Kemunduran Pelajaran Dan Kemiskinan: Kajian Ke Atas Kanak-Kanak Sekolah Rendah Luar Bandar
Main Article Content
Abstract
Artikel ini melaporkan secara ringkas hasil kajian mengenai perkaitan yang wujud di antara malpemakanan, pencapaian pelajaran dan taraf sosioekonomi di kalangan kanak-kanak sekolah rendah di luar bandar. Kajilidikan ini dijalankan di sepuluh buah sekolah rendah luar bandar dalam sepuluh buah kawasan yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Jumlah populasi yang dikaji adalah seramai 482 orang kanak-kanak darjah empat yang berumur 10 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa keputusan peperiksaan sangat tidak memuaskan, terutama di dalam matapelajaran Sains, Matematik, dan English. Di samping itu wujud juga kadar malpemakanan yang ketara di kalangan kanak-kanak. Maklumat sosioekonomi mencerminkan taraf yang rendah terutama dari segi pendapatan bulanan keluarga kanak-kanak. Analisa statistik menunjukkan wujudnya pertalian yang signifikan di antara taraf pemakanan, pencapaian pelajaran dan taraf sosioekonomi di kalangan kanak-kanak yang diselidiki.
Article Details
How to Cite
Wan Abdul Manan Muda. 1990. “Malpemakanan: Kemunduran Pelajaran Dan Kemiskinan: Kajian Ke Atas Kanak-Kanak Sekolah Rendah Luar Bandar”. Kajian Malaysia 8 (1): 121-38. https://doi.org/10.21315/.
Issue
Section
Articles

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.