The Malaysian 1990 General Election: The Role Of The BN Mass Media

Main Article Content

Mustafa K. Anuar

Abstract

Pilihanraya umum 1990 di malaysia adalah satu pertandingan yang diambil bahagian oleh parti Barisan Nasional (BN) yang memerintah, khususnya UMNO Baru, dan gàbungan parti-parti pembangkang yang diketuai oleh Semangat "46. Pertarungan pilihanraya ini menjadi lebih hebat dengan wujudnya persaingan sengit di antara Mahathir Mohamed dari UMNO Baru dan Tengku Razaleigh Hamzah dari Semangat "46, kedua duanya yang cuba menawan hati dan fikiran masyarakat Melayu khususnya dan pengundi-pengunfi Malaysia amnya. Di dalam konteks pergelutan politik inilah peranan media massa 'mainstream' dikaji. Di sinilah penulis menganalisis strategi - strategi yang digunakan oleh media 'mainstream' ini untuk mengembangkan ideologi parti pemerintah. Adalah didapati bahawa, berbanding dengan parti BN, gabungan pembangkang pada keseluruhannya mendapat peluang yang kurang untuk menyampaikan mesejmesej politik mereka melalui media massa 'mainstream', dengan tujuan untuk mempengaruhi para pengundi. Walau bagaimanapun, kejayaan parti-parti pembangkang PAS dan PBS dalam menawan negeri-negeri Kelantan dan Sabah menunjukkan mereka dapat mematahkan propaganda media 'mainstream' itu. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor, seperti kewujudan media alternatif atau pinggiran. Ini menyebabkan penulis memperkatakan potensi media alternatif dalam hal membawa satu perubahan sosial di Malaysia

Article Details

How to Cite
Mustafa K. Anuar. 1990. “The Malaysian 1990 General Election: The Role Of The BN Mass Media”. Kajian Malaysia 8 (2): 82-102. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles