Semangat: A Note On The Traditional Malay Concept Of Soul
Main Article Content
Abstract
Masyarakat Melayu telahpun mewarisi beberapa konsep dasar melalui pengalaman agamanya yang pelbagai semenjak beberapa abad yang lalu. Masakini, walaupun Islam merupakan agama yang dipeluk oleh orang-orang Melayu, di kampung-kampung masih kukuh juga beberapa kepercayaan lama. Kepercayaan-kepercayaan seperti ini mempengaruhi pandangan orang-orang di kampung serta memainkan peranan penting dalam upacara-upacara serta kegiatan-kegiatan sehubung dengan sistem perubatan tradisional. Konsep semangat merupakan satu antara konsep-konsep tradisi yang penting.
Walaupun diakui bahawa setiap manusia mempunyai roh seperti yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Adam, pandangan orang-orang Melayu menyatakan bahawa setiap manusia juga mempunyai semangat. Semangat juga dimiliki oleh makhluk-makhluk lain seperti binatang, pohon-pohon, serta juga terdapat didalam benda-benda seperti keris-keris lama yang kononnya tidak hidup. Semangat yang ada pada benda-benda seperti inilah yang memberikan kepentingan kepada benda-benda tersebut dalam upacara-upacara serta menjaminkan keberkesanan benda-benda tersebut. Kertaskerja ini akan meninjau konsep semangat dalam konteks masyarakat Melayu tradisional.
Article Details
How to Cite
Ghulam-Sarwar Yousof. 1991. “Semangat: A Note On The Traditional Malay Concept Of Soul”. Kajian Malaysia 9 (1): 1-12. https://doi.org/10.21315/.
Issue
Section
Articles

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.