Neraca 'Menendang" Bola: Sedikit Tentang Sikap Terhadap Bola Sepak Di Dalam Dua Akhbar Melayu Menjelang Peperangan Dunia Pertama
Main Article Content
Abstract
Daripada bukti-bukti yang ada permainan bola sepak yang diperkenalkan Inggeris terutama melalui sekolah-sekolah tajaannya mula mendapat sambutan meluas penduduk Tanah Melayu (termasuk Singapura) sejak akhir abad ke-19. Di kalangan orang-orang Melayu, terutama di sekitar bandar-bandar seperti Singapura dan Pulau Pinang, perkembangannya begitu pesat sehingga menjadi suatu gejala sosial yang mencetuskan perbahasan hangat, sekurang-kurangnya di kalangan sebahagian daripada para celik hurufnya, hingga ke tahap "falsafah pembangunan", tentang baik-buruknya permainan itu kepada kebangunan dan masa depan orang Melayu. Dengan menggunakan dua akhbar Melayu semasa yang paling luas pembacaannya, Utusan Melayu dan Neraca, tulisan ini menggalur dan membincangkan pandangan-pandangan ini dalam tahun-tahun menjelang peperangan dunia pertama. Tumpuan lebih diberikan meneliti pernyataan-pernyataan Neraca dan memahami asas-asas di sebalik kegelisahannya terhadap perkembangan minat dan kegiatan sukan bola sepak di kalangan orang-orang Melayu waktu itu. Tulisan ini juga mencuba menyelesaikan kekeliruan tentang tarikh permulaan Neraca diterbitkan.
Article Details
How to Cite
Abdul Rahman Haji Ismail. 1991. “Neraca ’Menendang" Bola: Sedikit Tentang Sikap Terhadap Bola Sepak Di Dalam Dua Akhbar Melayu Menjelang Peperangan Dunia Pertama”. Kajian Malaysia 9 (1): 42-61. https://doi.org/10.21315/.
Issue
Section
Articles

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.