Tanaman Padi Di Negeri Kedah Dan Hubungannya Dengan Sumber Air: Satu Tinjauan Daripada Perspektif Sejarah
Main Article Content
Abstract
Artikel ini bertujuan mengkaji hubungan di antara sumber air dan tanaman padi di negeri Kedah. Tinjauan sejarah tentang perkembangan tanaman padi di negeri ini jelas menunjukkan bahawa ia berkembang sejajar dengan perkembanganpengurusan dan pengawalan sumber air. Ini dapat dibuktikan dengan pembinaan turusan Wan May Saman dan beberapa terusan kecil yang lain. Tahap paling penting di dalam perkembangan tanaman padi di negeri Kedah ialah selepas pembinaan Rancangan Pengairan Muda. Dengan adanya rancangan pengairan ini, air dapat dibekalkan dengan lebih terkawal dan lebih banyak kawasan penanaman padi dapat diterokai. Artikel ini juga menunjukkan bahawa kesedaran tentang kepentingan sumber air terhadap kejayaan satu-satu musim tanaman padi telah timbul semenjak petani masih mengamalkan penanaman padi secara tradisional.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.