Latar Belakang Tercetusnya Perkahwinan Sesama Jantina dalam Agama Kristian: Satu Kajian Kepustakaan
Main Article Content
Abstract
Perkahwinan sesama jantina (PSJ) merujuk kepada pasangan yang memiliki kelamin yang sama mengikat hubungan cinta menerusi pernikahan yang dilangsungkan menurut kepercayaan agama. Mutakhir ini, PSJ semakin menjadi pilihan kepada golongan homoseksual untuk melangsungkan perkahwinan. Sehubungan dengan itu, satu kajian kepustakaan dijalankan untuk meninjau latar belakang PSJ di seluruh dunia. Hasilnya, didapati bahawa PSJ telah diiktiraf oleh 39 buah negara di dunia. Agama yang mencatatkan bilangan pasangan yang melangsungkan PSJ pula ialah daripada penganut Kristian. Sorotan kajian yang dijalankan mendapati dua faktor yang menjadi penyumbang kepada berlakunya PSJ dalam agama Kristian. Pertama, berlakunya perbezaan penafsiran terjemahan teks Bible antara homofilia dan homofobia telah menimbulkan perselisihan pendapat dalam memutuskan kedudukan homoseksual. Kedua, berlakunya perbezaan pendekatan antara gereja homoseksual dan gereja heteroseksual mengenai PSJ. Justeru, kajian lanjutan untuk menyelidiki titik pertemuan dan percanggahan mengenai PSJ wajar dilaksanakan khususnya dalam agama Kristian untuk mengesahkan sama ada PSJ sememangnya dibenarkan dalam agama Kristian atau sebaliknya.
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.