Kaedah Didik Hibur semasa Praktikum: Satu Tinjauan dalam Kalangan Guru Pelatih Opsyen Pendidikan Islam

Main Article Content

Madihah Jamil
Khairani Zakariya
Muhammad Yusri Zahin Azhar
Nur Isma Salsabila Ahmad Nizomuddin

Abstract

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mengetengahkan kaedah didik hibur sebagai salah satu kaedah pengajaran dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan. Namun, guru kurang menguasai pedagogi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dari segi pengetahuan dan kemahiran menjadikan mereka cenderung untuk menggunakan kaedah tradisional semasa mengajar. Hal ini menyebabkan kurangnya tahap penggunaan kaedah didik hibur seperti nyanyian semasa proses PdPc.  Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap penggunaan berkaitan kaedah didik hibur serta mengukur hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran berkaitan kaedah didik hibur semasa praktikum. Reka bentuk kajian ini ialah penyelidikan tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Hasil analisis, dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan berkaitan kaedah didik hibur adalah tinggi  manakala tahap kemahiran pelaksanaan kaedah didik hibur pula berada pada tahap sederhana  dan tahap penggunaan elemen nyanyian yang digunakan dalam kaedah didik hibur turut berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian turut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran berkaitan kaedah didik hibur. Kajian ini dapat memberi gambaran jelas tentang kaedah didik hibur semasa pratikum. Peranan guru dalam menjadikan PdPc lebih menyeronokkan akan menghasilkan impak positif terhadap pencapaian akademik murid. 

Article Details

How to Cite
Kaedah Didik Hibur semasa Praktikum: Satu Tinjauan dalam Kalangan Guru Pelatih Opsyen Pendidikan Islam. (2024). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 1(1), Volume 1 Sept 2024: 120-136. https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/4841
Section
Article