Lambakan Permohonan Menggunakan Wali Hakim dalam Urusan Perkahwinan dan Cabarannya kepada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kangsar (MRSKK)
Main Article Content
Abstract
Wali hakim bertanggungjawab menjadi wakil kepada wali nasab yang aqrab mahupun ab’ad, sekiranya berlaku masalah pada wali nasab serta ketidakpatuhan dalam memenuhi syarat-syarat kelayakan menjadi wali. Permohonan perlulah dilakukan di Mahkamah Syariah sebelum tugas perwalian dalam sesuatu perkahwinan berpindah kepada wali hakim secara mutlak. Namun begitu, permohonan wali hakim di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kangsar (MRSKK) nampaknya semakin bertambah sejak akhir-akhir ini dan ia sekali gus merumitkan urus tadbir di peringkat dasar. Ketiadaan dan ketidakpatuhan syarat sebagai seorang wali merupakan sebab utama berlakunya lambakan permohonan wali hakim di MRSKK ini. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis punca ketidakpatuhan syarat kelayakan wali dan cabaran lambakan permohonan menggunakan wali hakim di MRSKK. Reka bentuk kualitatif diadaptasikan dalam kajian ini dengan gabungan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur melibatkan para hakim syarie dan pendaftar. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data-data ini yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Kajian ini mencadangkan pelan tindakan terhadap aktiviti-aktiviti sosial melibatkan kerohanian umat Islam dapat dipertingkatkan agar faktor-faktor negatif yang menjadi punca gugurnya syarat wali pemohon dikurangkan pada masa akan datang.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.