Analisis Punca Perubahan Orientasi Seksual Kepada Homoseksual Menurut Perspektif Bible

Main Article Content

Mohd Azwan Md Yasim
Muhammad Azizan Sabjan

Abstract

Gaya hidup homoseksual merupakan isu global yang menyerang pelbagai latar belakang agama. Namun, wujudnya perbezaan yang ketara dalam menentukan punca daripada dasar kerana tiada faktor dominan kepada permasalahan ini. Sehubungan dengan itu, kajian kepustakaan dilakukan dan mendapati adanya teks yang menjelaskan punca perubahan orientasi seksual kepada homoseksual terdapat di dalam Bible. Oleh yang demikian, objektif kajian ini ialah untuk menganalisis punca perubahan orientasi seksual kepada homoseksual menurut perspektif Bible. Bagi mencapai objektif, reka bentuk kajian kualitatif digunakan untuk melakukan analisis kandungan teks Roma 1: 18-28. Hasil analisis mendapati bahawa dua faktor utama penyumbang kepada perubahan orientasi seksual kepada homoseksual. Pertama, melakukan hal yang salah. Kedua, mengajarkan orang lain melakukan hal yang salah. Kedua-dua faktor tersebut menyebabkan hati dan fikiran manusia menjadi sukar untuk memahami agama seterusnya memberi kesan kepada orientasi seksual. Sehubungan dengan itu, kajian ini berjaya menganalisis penemuan baharu dalam mengenal pasti punca perubahan orientasi seksual kepada homoseksual menurut perspektif Bible. Merujuk kepada punca yang dikenal pasti, pihak yang bertanggungjawab dapat merangka kaedah pemulihan khusus kepada homoseksual yang beragama Kristian untuk kembali semula ke pangkal jalan.

Article Details

How to Cite
Analisis Punca Perubahan Orientasi Seksual Kepada Homoseksual Menurut Perspektif Bible. (2025). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 2(2). https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/4958
Section
Article