Falsafah dan Etika Penggunaan Air dari Perspektif Islam
Main Article Content
Abstract
Air merupakan anugerah Allah SWT yang amat berharga dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa kehadiran air, kehidupan manusia akan menjadi porak-peranda. Dari perspektif Islam, air bukan sekadar dilihat sebagai entiti fizikal semata-mata, tetapi ia juga mempunyai nilai intrinsik falsafah dan etika yang mendalam. Konsep kewujudan air merangkumi pelbagai lapisan sumber kehidupan, sebagai lambang kesucian, petanda rahmat Allah SWT, dan juga penyumbang kepada keseimbangan alam. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif berasaskan analisis kandungan bagi menghuraikan falsafah, prinsip dan etika penggunaan air dari sudut perspektif Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa Islam menekankan kepentingan air dan meletakkan air sebagai elemen penting dalam kelangsungan hidup dan ibadah. Dari sudut etika, Islam meletakkan panduan yang jelas tentang penggunaan air, di mana pembaziran air (israf) adalah dilarang keras, walaupun dalam keadaan air yang banyak. Selain itu, Islam juga menekankan kepentingan menjaga kebersihan air, melarang pencemaran, menggalakkan perkongsian sumber air secara adil, serta menegah amalan monopoli. Prinsip ini selari dengan maqasid syariah yang bertujuan melindungi nyawa dan kesihatan manusia. Kajian ini menunjukkan bahawa falsafah dan etika penggunaan air dalam Islam adalah bersifat holistik, iaitu menggabungkan aspek spiritual, moral, dan praktikal dalam pengurusan sumber air.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.