Sikap Ihsan Dalam Ilmu Silat: Sebuah Sorotan
Main Article Content
Abstract
Silat merupakan hasil kearifan tempatan dalam ketamadunan Melayu. Pada zaman ini, pemahaman ihsan dalam dunia seni bela diri terutamanya silat sudah semakin pudar. Sedangkan, silat memiliki falsafah tersendiri yang memupuk sikap ihsan sehingga terlahirnya ungkapan “zahir silat mencari kawan.” Objektif utama kajian ini adalah menyorot sikap ihsan dalam dunia persilatan. Kajian ini bersifat kepustakaan dan juga temu bual yang menyorot sejarah berkaitan asal usul silat serta pengalaman para pesilat dalam menghadapi konflik. Analisis dilakukan menurut perspektif Islam. Analisis kajian pula mendapati bahawa sejarah asal usul silat Melayu serta pengalaman guru-guru silat ketika menghadapi ancaman menunjukkan sikap ihsan yang tinggi menepati adab pertempuran dalam al-Quran dan hadis. Dicadangkan agar diwujudkan model adab persilatan ketika bertempur lalu diterapkan dalam mana-mana pertandingan silat tempur agar menunjukkan ketinggian ketamadunan Melayu dalam bidang seni bela diri.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.