Keseimbangan Dakwah Terhadap Saudara Baru Dan Golongan Asnaf Di Malaysia: Satu Tinjauan Dari Perspektif Psikologi

Main Article Content

Kartina Sari Abd Karim

Abstract

Istilah saudara baru dan golongan asnaf tidak asing lagi di Malaysia.  Mereka merujuk kepada kelompok minoriti yang wajar diberikan keutamaan dalam agenda dakwah tanah air.  Langkah memperkukuhkan bantuan dan bimbingan kepada mereka adalah penting sama ada dari sudut keagamaan mahupun dari aspek kelangsungan hidup.  Saudara seagama harus tampil ke hadapan dan memberi sokongan penuh kepada mereka dengan apa jua cara yang boleh. Usaha dakwah yang terhad ditambah pula dengan isu kemiskinan menjadi antara persoalan yang sering dibangkitkan dalam kalangan para sarjana. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji keseimbangan pendekatan dakwah kepada saudara baru dan golongan asnaf di negara kita dari perspektif psikologi. Pengumpulan data secara kualitatif telah disempurnakan dengan menjalankan kajian literatur dan dokumentasi maklumat daripada perpustakaan.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembawakan dakwah terhadap saudara baru perlu sentiasa diseimbangkan dengan penyampaian dakwah terhadap golongan asnaf. Pendekatan dakwah terhadap saudara baru dan golongan asnaf amat berpotensi untuk membangunkan sudut psikologi mereka. Kajian mengenai dakwah dan psikologi ini akan dapat dimanfaatkan oleh para sarjana dan pengkaji dakwah pada masa hadapan bagi memastikan kewajipan berdakwah kepada saudara baru dan usaha membantu golongan asnaf di negara kita akan sentiasa berada dalam fasa kemajuan.

Article Details

How to Cite
Keseimbangan Dakwah Terhadap Saudara Baru Dan Golongan Asnaf Di Malaysia: Satu Tinjauan Dari Perspektif Psikologi. (2025). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 2(2). https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/4998
Section
Article