Pemikiran Moderasi Yusuf al-Qaradawi dan hubungannya dengan Pemikiran Anwar Ibrahim dalam Konsep Malaysia Madani
Main Article Content
Abstract
Sudah dimaklumi bahawa Yusuf al-Qaradawi dan Anwar Ibrahim merupakan sahabat yang rapat walaupun mereka duduk berjauhan. Kedua-duanya terlibat dalam aktiviti memajukan Islam, tetapi Anwar Ibrahim lebih cenderung kepada politik, manakala al-Qaradawi cenderung dalam bidang ilmu pengajian Islam. Sikap moderasi antara mereka berdua agak terserlah ketika berada di lapangan masing-masing. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubung kait pemikiran moderasi Yusuf al-Qaradawi dan konsep Malaysia Madani yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Hasil kajian kepustakaan menerusi analisis tematik mendapati bahawa terdapat banyak kesamaan antara dua pemikiran tokoh ini. Hal ini tidaklah pelik kerana Anwar Ibrahim sendiri mengakui bahawa beliau banyak dipengaruhi oleh karya-karya al-Qaradawi.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.