Piagam Madinah sebagai Model Harmoni Sosial untuk Malaysia
Main Article Content
Abstract
Piagam Madinah merupakan dokumen bersejarah yang menekankan prinsip keadilan, toleransi agama, dan hak sama rata untuk pelbagai komuniti di Madinah. Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, prinsip Piagam Madinah dapat dijadikan panduan dalam membina harmoni sosial yang mampan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis Piagam Madinah sebagai model harmoni sosial yang relevan untuk diterapkan di Malaysia. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen sebagai metodologi utama. Data kajian diperoleh dari kajian lepas termasuk jurnal akademik, buku, dan manuskrip sejarah yang berkaitan dengan Piagam Madinah dan isu keharmonian sosial di Malaysia. Objektif utama kajian adalah mengenalpasti prinsip utama Piagam Madinah serta menilai kebolehterapannya dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa Piagam Madinah mengandungi nilai-nilai asas seperti keadilan, kesamarataan, tanggungjawab sosial, dan kebebasan beragama yang sesuai dengan kehendak masyarakat moden Malaysia. Prinsip ini bukan sahaja menyumbang kepada keamanan, tetapi juga menggalakkan perpaduan serta sikap saling menghormati antara kaum dan agama.Kesimpulannya, Piagam Madinah menawarkan model harmoni sosial yang praktikal dan berpotensi untuk menjadi panduan dalam memperkukuh hubungan etnik serta mengekalkan kestabilan sosial di Malaysia. Kajian ini menyarankan agar prinsip Piagam Madinah diberi perhatian dalam dasar pembangunan sosial dan pendidikan untuk memastikan keharmonian negara yang berterusan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.