Naratif Barat dan Interpretasi Timur: Evolusi Eurosentrisme dalam Kajian Orientalis

Main Article Content

Nurliyana Mohd Talib

Abstract

Eurosentrisme merupakan suatu ideologi yang mengutama dan mengagungkan sejarah, kebudayaan dan ketamadunan Eropah sebagai indikator utama dalam menilai peradaban lain, khususnya peradaban dunia Timur. Ideologi ini berkembang pesat pada abad ke-19 Masihi dan menjadi asas dalam penulisan Orientalis dengan memberi sudut pandangan Barat yang bersifat prejudis, cenderung merendahkan tamadun Timur dan membentuk stereotaip yang tidak tepat terhadap masyarakat dan budaya Timur. Dengan itu, kajian kepustakaan dijalankan bagi meneliti meneliti perkembangan ideologi Eurosentrisme dalam membentuk naratif dan tanggapan terhadap masyarakat Timur serta kesannya dalam bidang akademik dan hubungan antara tamadun. Kajian ini mendapati bahawa penulisan para Orientalis telah tersebar luas dalam wacana akademik dan memainkan peranan utama dalam membentuk stereotaip serta tanggapan yang tidak tepat terhadap masyarakat, tamadun dan kebudayaan Timur. Sehubungan itu, para sarjana perlu lebih peka dan mendalami aspek sejarah, pemikiran dan sistem nilai masyarakat, peradaban serta kebudayaan Timur melalui sumber-sumber yang lebih autentik dan berautoriti tanpa bergantung kepada penulisan Orientalis semata-mata.

Article Details

How to Cite
Naratif Barat dan Interpretasi Timur: Evolusi Eurosentrisme dalam Kajian Orientalis. (2025). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 3(3). https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/5010
Section
Article