Pendekatan Syarikat Ar Rasyidin Consultancy (ARC) dalam menangani Isu Aset Beku di Malaysia

Main Article Content

Mustaqim Roslan, M.
Luhamul Ashfia, S.B.C.

Abstract

Aset beku di Malaysia sering terjadi apabila berlakunya kematian kepada pemilik aset dan ia tidak dapat dicairkan kepada pemilik baharu. Hal ini kerana pemilik aset tidak melakukan perancangan baik melibatkan dokumen khas bagi melancarkan proses pindah milik selepas ketiadaannya. Pelbagai mekanisme telah diambil oleh pelbagai syarikat pengurusan harta di Malaysia ini termasuklah syarikat Ar Rasyidin Consultancy (ARC) bagi memastikan pengurusan ekonomi orang Islam terjamin. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kaedah pengurusan harta yang dilakukan oleh syarikat ARC dalam menangani isu aset beku di Malaysia. Reka bentuk kualitatif diadaptasikan dalam kajian ini dengan gabungan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur melibatkan pengarah dan pegawai syarikat ARC. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan dalam proses menganalisis data-data ini  mengikut kaedah tematik. Dapatan menunjukkan terdapat empat kaedah utama yang digunakan oleh syarikat ARC dalam menangani isu aset beku di Malaysia iaitu saranan melakukan perancangan asas, galakan mengambil geran takaful, sasaran kepada golongan berpendapatan tinggi dan proaktif dalam merekrut ejen. Pelan tindakan yang drastik dicadangkan kepada kerajaan Malaysia dalam memastikan aset beku dapat dicairkan demi kelangsungan ekonomi orang Islam di negara ini. 

Article Details

How to Cite
Pendekatan Syarikat Ar Rasyidin Consultancy (ARC) dalam menangani Isu Aset Beku di Malaysia. (2025). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 3(3). https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/5015
Section
Article