Resensi Buku: Sejarah Falsafah Karya Ahmad Sunawari Long
Main Article Content
Abstract
Ilmu falsafah merupakan salah satu cabang ilmu yang mengkaji asas permulaan sesuatu ilmu lain. Subjek ‘Falsafah dan Isu Semasa’ merupakan salah satu subjek wajib universiti yang wajib dipelajari oleh semua mahasiswa universiti awam di Malaysia sejak tahun 2019. Oleh itu, buku Sejarah Falsafah karya Ahmad Sunawari Long merupakan salah satu rujukan penting dalam pengajian falsafah, khususnya dalam konteks pengajian falsafah Islam dan Barat di Malaysia. Buku ini memperkenalkan perkembangan falsafah secara kronologi bermula dari zaman Yunani purba hingga ke zaman moden serta menyentuh pemikiran tokoh-tokoh besar seperti Plato, Aristotle, al-Farabi, dan Ibn Sina. Disusun dengan pendekatan yang sistematik dan mudah difahami, buku ini berfungsi sebagai sumber rujukan asas kepada pelajar dan penyelidik dalam bidang falsafah, pemikiran Islam, serta sains kemanusiaan. Resensi ini meneliti kandungan, matlamat penulisan serta keistimewaan buku tersebut dari sudut ilmiah dan pendidikan. Artikel ini turut menyentuh sumbangan intelektual Ahmad Sunawari Long sebagai tokoh akademik Islam kontemporari yang banyak menyumbang dalam pemerkasaan wacana falsafah Islam di Malaysia.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.