Status Kesahtarafan Anak Kelahiran Pramatang Sebagai Wali Nikah Menurut Perspektif Perundangan Semasa
Main Article Content
Abstract
Wali merupakan individu yang berkuasa dalam mengurus dan mengatur pernikahan seseorang perempuan yang berada di bawah jagaannya. Wali yang dilantik perlu memenuhi syarat-syarat sah sebagai wali agar tidak memberikan kesan kepada pembubaran perkahwinan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis status kesahtarafan anak kelahiran pramatang sebagai wali nikah menurut perundangan semasa. Metodologi kajian ini ialah interpretif dengan pendekatan kajian kes sebagai strategi kajian. Reka bentuk kualitatif telah diadaptasikan dengan gabungan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur melibatkan tiga orang hakim mahkamah syariah. Setelah data tersebut diperolehi, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data yang hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Dapatan menunjukkan anak kelahiran pramatang ialah anak yang sah menurut syarak. Namun, anak tersebut tetap digelar sebagai ATST sekiranya tidak mendapat pengesahtarafan nasab di mahkamah. Walaupun begitu, anak kelahiran pramatang boleh menjadi wali nikah sekiranya menepati tiga syarat utama iaitu, melakukan pengesahan kelahiran pramatang, melakukan pengesahtarafan nasab di mahkamah dan mematuhi syarat sebagai wali nikah seperti kelahiran normal. Kajian lanjutan diperlukan untuk meneliti kesan pembubaran perkahwinan sekiranya terdapat pasangan yang tidak mematuhi ketiga-tiga syarat tersebut.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.