Sifat dan Konstruk Fiqh al-Watan dalam Masyarakat Melayu Tradisional: Analisis Literatur
Main Article Content
Abstract
Artikel ini meneliti sifat dan konstruk fiqh al-watan dalam masyarakat Melayu tradisional melalui pendekatan analisis literatur terhadap tiga karya penting warisan Melayu-Islam: Hukum Kanun Pahan, Thamarat al-Muhimmah dan Gurindam Dua Belas. Ketiga-tiga teks ini mencerminkan satu usaha pengislahan hukum dan pemerintahan berdasarkan prinsip Islam yang digabungkan secara halus dengan realiti tempatan. Analisis kandungan dan struktur teks ini mendapati fiqh al-watan bersifat kontekstual, menyeluruh dan seimbang. Ia menumpukan aspek hukum yang bersifat legalistik dan turut merangkumi dimensi siyasah syar‘iyyah akhlak kepemimpinan, pendidikan jiwa pemerintah, serta pembentukan masyarakat yang beretika dan beradab. Kajian ini juga menunjukkan bahawa fiqh al-watan yang terpancar dalam karya-karya ini telah membentuk satu kerangka epistemik Melayu-Islam yang berakar pada sejarah, budaya dan pengalaman umat Islam Nusantara. Kerangka ini menyerlahkan kesepaduan antara syariah, urus tadbir dan pembinaan peribadi pemimpin sebagai asas kelangsungan sebuah negara Islam yang adil dan berdaulat. Justeru, dalam menghadapi cabaran pemikiran transnasional dan tekanan terhadap institusi warisan, fiqh al-watan wajar dimartabatkan semula sebagai rujukan ilmiah dan juga sebagai asas kepada pembentukan pemikiran politik dan sistem kenegaraan Islam yang bersifat tempatan, berakar dalam tradisi, dan tetap sejajar dengan maqasid al-syar’iyyah. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pemulihan dan pembangunan wacana Islam yang lebih berwatankan Malaysia dan Nusantara.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.