Biografi Riduan Bin Rahmat: 36 Tahun Berkhidmat, 80 Hari Bergelar Setiausaha Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
Main Article Content
Abstract
Riduan bin Rahmat lahir pada 27.10.1965 di Tanjung Rambutan, Perak. Tanggal 03.01.1989, seawal usia 24 tahun, beliau telah memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Tadbir (Sementara) Gred B11 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. Gaji pertama yang diterima adalah sebanyak $830.00 dan dibayar secara tunai. Ketokohan YBrs. Tuan Haji Riduan (A.M.N) (J.M.W.) adalah apabila menjadi salah seorang daripada tiga individu yang pernah dilantik untuk memegang dua jawatan berprestij di Parlimen Malaysia, iaitu sebagai (1) Setiausaha Dewan Negara (SUDN) (08.09.2014 - 21.02.2020); dan (2) Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) (22.02.2020 - 12.05.2020). Sayangnya, lantikan singkat Riduan sebagai SUDR hanya bertahan selama 80 hari apabila terkait sandiwara Langkah Sheraton. “Tak sangka, sebagai penjawat awam, saya terpalit dengan Langkah Sheraton dan saya kehilangan jawatan sebagai SUDR” - YBrs. Tuan Haji Riduan bin Rahmat (A.M.N.) (J.M.W.).
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.