Pengaruh Kebebasan Informasi Media Terhadap Perubahan Politik, Ekonomi Dan Sosial Di Malaysia Pada Abad Ke-21
Main Article Content
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh media dan kebebasan informasi terhadap perubahan politik, ekonomi dan sosial di Malaysia pada abad ke-21 dalam konteks perkembangan media digital dan teknologi kecerdasan buatan. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan yang melibatkan analisis kualitatif terhadap sumber sekunder seperti laporan rasmi, artikel jurnal dan bahan dalam talian, serta kaedah kuantitatif melalui soal selidik dalam talian yang melibatkan 100 responden daripada pelbagai latar belakang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden berpandangan bahawa tahap kebebasan informasi melalui media di Malaysia semakin meningkat dan tidak lagi dilihat sebagai terlalu terikat kepada kawalan kerajaan. Selain itu, kebebasan informasi didapati memberi kesan positif terhadap pengukuhan proses demokrasi, pertumbuhan ekonomi khususnya dalam sektor ekonomi digital, serta pembangunan sosial masyarakat yang lebih berilmu dan celik maklumat. Walau bagaimanapun, kajian ini turut mengenal pasti cabaran berkaitan penyebaran maklumat palsu dan keperluan literasi media yang lebih mantap dalam menghadapi ekosistem media yang dipacu oleh algoritma dan kecerdasan buatan. Kesimpulannya, media dan kebebasan informasi memainkan peranan penting dalam pembentukan peradaban Malaysia kontemporari, namun memerlukan keseimbangan antara keterbukaan maklumat, kawal selia beretika dan pemerkasaan literasi media bagi memastikan pembangunan negara yang mampan dan inklusif.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.