E-Taqwa Dan Bandar Pintar: Kajian Perilaku Keagamaan Dalam Ekosistem Bandar Pintar

Main Article Content

Norshabiha Ibrahim
Jasafat

Abstract

Perkembangan bandar pintar (smart city) bukan sahaja membawa perubahan teknologi dan cara urus bandar, tetapi juga mengubah cara masyarakat Muslim di bandar menjalani kehidupan beragama. Namun, kajian tentang bagaimana digitalisasi bandar mempengaruhi ketakwaan masih terhad, terutama dari sudut perilaku keagamaan. Artikel ini bertujuan untuk melihat bagaimana wujudnya konsep E-Taqwa sebagai bentuk baharu dalam mengekspresikan dan menghayati ketakwaan Muslim bandar dalam ekosistem bandar pintar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan gabungan beberapa kaedah, termasuk pemerhatian lapangan, temu bual mendalam dengan Muslim bandar, serta kajian literatur tentang amalan agama digital dalam ekosistem bandar pintar. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketakwaan dalam konteks bandar pintar telah berubah daripada amalan ritual biasa kepada corak keberagamaan digital yang lebih reflektif, fleksibel, dan berasaskan teknologi. E-Taqwa boleh difahami sebagai hasil interaksi antara kesedaran agama, reka bentuk teknologi digital, dan tekanan hidup di bandar yang serba pantas. Kajian ini juga mendapati adanya proses penerapan nilai ketakwaan dalam ruang digital, di mana peranan autoriti agama, identiti peribadi, dan pelbagai platform saling mempengaruhi. Secara teori, artikel ini memperkenalkan konsep E-Taqwa sebagai kerangka baharu dalam bandar pintar serta memperluas perbincangan tentang hubungan antara teknologi dan ketakwaan.


 

Article Details

How to Cite
E-Taqwa Dan Bandar Pintar: Kajian Perilaku Keagamaan Dalam Ekosistem Bandar Pintar. (2026). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 4(4). https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/6011
Section
Article