Teori Kitaran Tamadun Ibn Khaldun: Analisis terhadap Tamadun Mesir Purba
Main Article Content
Abstract
Makalah ini bertujuan mengenal pasti prinsip asas teori kitaran tamadun yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun dalam Muqaddimah serta menerapkannya dalam analisis terhadap perkembangan Tamadun Mesir Purba. Menurut Ibn Khaldun, sesebuah tamadun lazimnya melalui beberapa fasa utama, iaitu pembinaan dinasti, peluasan kekuasaan, kemuncak kegemilangan, kemerosotan dan akhirnya kehancuran. Persoalan utama kajian ini ialah sejauh manakah kerangka teori tersebut dapat digunakan untuk menilai dinamika sejarah Tamadun Mesir Purba. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks terhadap sumber sekunder yang berkaitan dengan pemikiran Ibn Khaldun serta sejarah Mesir Purba. Hasil analisis menunjukkan bahawa pola perkembangan tamadun yang dihuraikan oleh Ibn Khaldun mempunyai kesejajaran tertentu dengan perjalanan sejarah Mesir Purba, khususnya dalam aspek pembentukan kuasa politik, pengukuhan pemerintahan dan kemerosotan institusi pemerintahan. Konsep ‘aṣabiyyah didapati memainkan peranan penting dalam pembinaan serta kelangsungan sesebuah dinasti, manakala kemewahan berlebihan, konflik dalaman dan kelemahan kepimpinan menyumbang kepada proses kemerosotan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa teori kitaran tamadun Ibn Khaldun masih relevan sebagai kerangka analisis dalam memahami dinamika kebangkitan dan kejatuhan tamadun dalam konteks sejarah.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.