Cabaran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam Gerakan Dakwah di Pulau Pinang
Main Article Content
Abstract
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menyelaras kegiatan dakwah di Malaysia agar selari dengan dasar negara, termasuk di negeri Pulau Pinang. Statistik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada tahun 2024 menunjukkan bahawa lebih daripada 50% penduduk negeri ini terdiri daripada bukan Islam. Keadaan ini menimbulkan cabaran besar kepada gerakan dakwah, khususnya dalam menangani penyebaran ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti sekularisme, pluralisme dan Islam liberal. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis cabaran yang dihadapi oleh YADIM dalam melaksanakan gerakan dakwah di Pulau Pinang. Kajian ini berasaskan falsafah interpretif dengan pendekatan kajian kes sebagai strategi utama. Reka bentuk kualitatif digunakan melalui gabungan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur yang melibatkan pengarah serta pegawai YADIM Negeri Pulau Pinang. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan dikategorikan secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan empat cabaran utama iaitu kekurangan pendakwah kompeten, ketidakstabilan peruntukan dana, lokasi pusat operasi yang kurang strategik serta kelemahan dalam pengurusan operasi. Justeru, pelan tindakan yang lebih sistematik dan inovatif perlu dirangka bagi memastikan keberkesanan gerakan dakwah. Kajian lanjutan juga dicadangkan bagi meneroka metodologi dakwah baharu yang lebih sesuai dengan konteks masyarakat majmuk.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.