Pembingkaian Semula Governan di Alam Melayu: Sinergi Muzium Pahang dan IIDM dalam memperkukuhkan Siyāsah Sulṭāniyyah berteraskan Fiqh al-Watan

Main Article Content

Ibrahim Majdi Mohamad Kamil
Azman Yusof
Rahimin Affandi Abdul Rahim
Amran Muhammmad
Muhammad Fakhruddin Ishak
Syamira Shalbi

Abstract

Artikel ini meneliti Fiqh al-Watan sebagai kerangka governan peradaban di Negeri Pahang melalui sinergi antara Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) dan Muzium Pahang. Kajian ini membingkaikan semula konsep governan Melayu-Islam yang sering ditafsir melalui paradigma nation-state Barat dengan menegaskan peranan siyāsah sulṭāniyyah yang berakar dalam tradisi kesultanan dan Hukum Kanun Pahang. Pendekatan kajian menggunakan metodologi epistemologi Islam hibrid yang menggabungkan analisis teks turath, sejarah dan kuratorial muzium. Dapatan menunjukkan bahawa IIDM berfungsi sebagai institusi epistemik yang mempromosikan Fiqh al-Watan melalui wacana ilmu dan pembinaan dasar, manakala Muzium Pahang menginstitusikan konsep tersebut melalui artifak, naratif dan garis masa sejarah. Sinergi ini memperkukuhkan kefahaman masyarakat terhadap autoriti kesultanan, identiti peradaban dan tanggungjawab sosial dalam kerangka governan Islam.

Article Details

How to Cite
Pembingkaian Semula Governan di Alam Melayu: Sinergi Muzium Pahang dan IIDM dalam memperkukuhkan Siyāsah Sulṭāniyyah berteraskan Fiqh al-Watan. (2026). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 5(5). https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/6078
Section
Article