Pedagogi Hadith Digital untuk Generasi Muda: Pendekatan Berteraskan Manhaj Salaf

Main Article Content

Roshimah Shamsudin
Mohd Azam Abdullah

Abstract

Transformasi pendidikan dalam era digital membuka ruang baharu terhadap penyampaian ilmu hadith secara lebih interaktif dan mudah diakses oleh masyarakat, khususnya golongan remaja. Walau bagaimanapun, keterbukaan media digital turut menimbulkan cabaran berkaitan ketepatan sumber, kefahaman nas dan penyebaran hadith tanpa disiplin ilmiah yang kukuh. Artikel ini membincangkan konsep pedagogi hadith digital berteraskan manhaj salaf sebagai satu pendekatan integratif dalam pengajaran dan pembelajaran hadith yang menggabungkan penggunaan teknologi digital dengan prinsip utama manhaj salaf. Fokus utama perbincangan tertumpu kepada elemen tathabbut dalam penilaian kesahihan riwayat, fiqh al-nuṣuṣ dalam memahami teks hadith secara konstektual dan al-‘amal bi al-hadith sebagai asas penghayatan ilmu dalam kehidupan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumentasi terhadap karya-karya turath, penulisan kontemporari dan perkembangan platform pendidikan digital semasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa integrasi pedagogi digital yang dipandu oleh manhaj salaf mampu membentuk pendekatan pembelajaran hadith yang lebih autentik dan relevan dengan keperluan generasi muda. Selain meraikan tradisi talaqqi dan disiplin ilmu hadith yang muktabar, pendekatan ini berpotensi menarik minat golongan remaja untuk mendekati pengajian hadith secara lebih kreatif dan berorientasikan penghayatan. Artikel ini seterusnya mencadangkan pembangunan ekosistem pendidikan hadith digital yang seimbang antara ketelitian ilmiah dan inovasi teknologi bagi memastikan kelestarian pengajian hadith dalam era digital.

Article Details

How to Cite
Pedagogi Hadith Digital untuk Generasi Muda: Pendekatan Berteraskan Manhaj Salaf. (2026). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 5(5). https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/6152
Section
Article