Skim Perumahan Mampu Milik: Adakah Satu Penyelesaian kepada Isu Kemampuan Perumahan di Malaysia?
Main Article Content
Abstract
Kebanyakan bandar di seluruh dunia menghadapi cabaran menyediakan perumahan mampu milik yang selamat dan memadai. Kemampuan memiliki rumah menjadi kebimbangan utama kerana perumahan merupakan keperluan asas yang penting untuk menjamin kesejahteraan hidup. Di Malaysia, peningkatan kos perumahan, khususnya di kawasan bandar, semakin membebankan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana sehingga menimbulkan fenomena tekanan kesesuaian perumahan. Artikel ini membincangkan isu kemampuan perumahan di Malaysia serta menilai sejauh mana Skim Perumahan Mampu Milik berupaya menjadi penyelesaian bagi masalah tersebut. Perbincangan berasaskan data sekunder yang diperoleh daripada laporan rasmi kerajaan. Pendekatan median multiple digunakan untuk mengukur tahap kemampuan perumahan mengikut negeri dengan membandingkan pendapatan penduduk dengan harga perumahan di pasaran. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap kemampuan perumahan di Malaysia secara umum berada dalam kategori tidak mampu milik. Keadaan ini berkait dengan harga rumah yang masih tinggi, khususnya di kawasan bandar, berbanding dengan kemampuan pendapatan sebahagian besar penduduk. Walaupun pelbagai skim perumahan mampu milik telah diperkenalkan, penawaran yang tersedia masih belum sepenuhnya memenuhi keperluan dan kemampuan kumpulan sasaran. Situasi ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan Dasar Perumahan Mampu Milik dalam menangani masalah kemampuan pemilikan rumah dan menjamin akses kepada perumahan yang bersesuaian bagi penduduk Malaysia
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.