Unsur Kepercayaan dan Kearifan Tempatan dalam Memorat Perubatan Tradisional Etnik Murut Tahol di Sabah Elements of Local Beliefs and Wisdom in the Traditional Healing Memorates of the Tahol Murut of Sabah

Main Article Content

Normadiah Nassir
Low Kok On
Ismail Ibrahim
Supyan Hussin

Abstract

 A memorate is a type of legend passed on orally from one generation to another and perceived as truth or real by those who uphold such beliefs. Many Western and local researchers have found legends to be records of the knowledge of people in the past. In this study, 26 Tahol Murut informants were interviewed during field work conducted in several villages located in the Kemabong subdistrict of Sabah. These interviews generated a total of 25 memorates which were recorded, transcribed and documented. This research utilised the in-depth interview and focus group interview methods. The focus of this paper is the relationship between memorates and the physical and spiritual healings of the Tahol Murut ethnic community. The elements of local beliefs and wisdom found in the memorates were analysed based on interpretation and comparison methods. The analysis found that the Murut Tahol people believed in dreams, supernatural beings and certain animals that were perceived as able to assist in the healing of spiritual afflictions (such as spiritual possession and disturbances) and physical illness (such as injury, fever and stomach ache). Such beliefs are universal among the various ethnic groups in Sabah and Sarawak, the Malays and other races as well. In terms of local wisdom, this study found the Tahol Murut skilful at identifying the types and characteristics of plants that had medicinal value. They were also adept in the preparation of various types of traditional medicine and the use of ‘sasampui’ (a type of spell) in physical and spiritual healing. In conclusion, this study found memorates had significantly influenced the traditional healing practice of the Tahol Murut ethnic community throughout time and invariably reflect the local wisdom and belief in the efficacy of their inherited healing methods.


 


Memorat ialah sejenis legenda yang diwarisi secara lisan dan dipercayai benar dalam kalangan masyarakat pendukungnya. Ramai pengkaji Barat mahupun tempatan mendapati kisah legenda merakamkan pengetahuan orang terdahulu. Dalam kajian ini, seramai 26 orang informan daripada suku etnik Murut Tahol telah ditemu bual dalam kerja lapangan yang dikendalikan di beberapa buah kampung di daerah kecil Kemabong, Sabah. Siri temu bual ini telah menghasilkan sebanyak 25 buah memorat yang seterusnya dirakamkan, ditranskripsikan dan didokumentasikan. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual secara individu dan temu bual secara kumpulan berfokus. Fokus perbincangan makalah ini ialah perkaitan antara kisah memorat dengan perubatan rohani dan fizikal dalam kalangan masyarakat etnik Murut Tahol. Unsur kepercayaan dan kearifan tempatan yang dikenal pasti dalam memorat etnik Murut Tahol turut dianalisis berdasarkan kaedah interpretasi dan perbandingan. Analisis mendapati bahawa etnik Murut Tahol percaya akan mimpi, pelbagai jenis semangat ghaib serta haiwan tertentu yang dianggap dapat membantu mereka mengubati penyakit rohani (seperti kerasukan dan gangguan semangat) dan penyakit fizikal (seperti luka, demam dan sakit perut). Unsur-unsur sedemikian ialah unsur sepunya yang dimiliki etnik peribumi Sabah dan Sarawak, orang Melayu dan bangsa lain di dunia ini. Daripada segi kearifan tempatan pula, etnik Murut Tahol didapati arif dalam mengenal pasti jenis dan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk dijadikan ubat. Selain itu, mereka juga mahir dalam menyediakan ubat-ubatan tradisional dan menggunakan sasampui (jampi) dalam mengubati pelbagai jenis penyakit fizikal dan rohani. Kesimpulannya, memorat didapati telah mempengaruhi amalan perubatan tradisional etnik Murut Tahol secara turun-temurun dan secara tidak langsung menonjolkan kearifan tempatan dan kepercayaan terhadap keberkesanan kaedah perubatan yang diwarisi oleh mereka.

Article Details

How to Cite
Unsur Kepercayaan dan Kearifan Tempatan dalam Memorat Perubatan Tradisional Etnik Murut Tahol di Sabah Elements of Local Beliefs and Wisdom in the Traditional Healing Memorates of the Tahol Murut of Sabah. (2017). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 24(2), 59–88. https://doi.org/10.21315/kajh2017.24.2.3
Section
Articles

References

Abd. Hakim Mohad. 2014. Spiritual journey of Murut Tahol in Sabah and its effect to their headhunting practice. International Journal of Social Science and Humanity 4(6): 426–429, https://doi.org/10.7763/IJSSH.2014.V4.392

Arba’iyah Mohd Noor. 2014. Menyingkap ilmu perubatan Melayu menerusi beberapa manuskrip terpilih. Jurnal Sejarah 22(1): 140–168.

Aripin Said. 1996. Prosa warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Charles, I.S. 2003. Healing in Sabah: Mysteries of illness and well-being. Kota Kinabalu: Sabah Museum.

Danandjaya, J. 2002. Folklor Indonesia: Ilmu gosip, dongeng dan lain-lain. Jakarta: Grafiti.

Fatan Hamamah Hj. Yahya. 2003. Potensi tumbuh-tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Jurnal e-bangi. Retrieved 26 April 2017 from https://core.ac.uk/download/pdf/14330177.pdf

Foo, J. 2014. Faktor kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di tamu Pantai Barat Sabah: Satu tinjauan awal. Malaysian Journal of Society and Space 10(2): 115–126.

Fung, J.M. 2003. The Muruts: Spiritual world, rituals and shamanism. Journal of Sabah Society 20: 15–23.

Hamidah Abdul Wahab. 2013. Petua dan pantang larang tradisional dalam alam Melayu Sarawak. International Journal of the Malay World and Civilisation 1(1): 89–97.

Harun Mat Piah. 2003. Sastera rakyat Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam: Suatu perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haviland, W.A. 1993. Antropologi Jilid 1. Jakarta: Erlangga.

Ismail Ibrahim. 2007. Murut: Menyusuri budaya dan kewujudan masyarakat awal di Sabah. In Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Sarim Hj. Mustajab and Suraya Sintang, eds. Pluraliti etnik dan budaya di Sabah (pp. 63–117). Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

______. 2012. Warisan motif dan corak etnik Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia

Sabah. Kulip, J. 2003. An ethnobotanical survey of medicinal and other useful plants of Muruts in Sabah, Malaysia. Telopea 10(1): 81–98, https://doi.org/10.7751/telopea20035608

______. 2005. Similarity of medicinal plants used by two native communities in Sabah, Malaysia. Bioprospecting & Ethnopharmacology 1: 81–85, https://doi.org/10.17660/ActaHortic.2005.675.10

Low, K.O. 2005. Membaca mitos dan legenda Kadazandusun. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Low, K.O. and Sri Ningsih. 2013. Pandangan dunia dan konteks upacara dalam Sumazau Penampang, Sazau Papar dan Sumazau Paina Membakut. Akademika 83(2&3): 47–59.

Low, K.O. and Azlan Shafie Abdullah. 2014. Bbahul dan hubungannya dengan kepercayaan Bbiruhui etnik Rungus di Sabah. Kemanusiaan 21(1):73–102

Mohd. Nizam Sahad. 2015. Penggunaan azimat pelaris perniagaan menurut perspektif akidah Islam. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 8(1): 18–44.

Mohd. Taib Othman. 1982. Manual for collecting oral tradition with special reference to South East Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman. 1988. Bunga rampai kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_________. 1991. Pengkajian sastera rakyat bercorak cerita. Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Norlizawati Md. Nor and Rahimah A. Hamid. 2013. Kearifan tempatan dalam memanfaatkan sumber alam untuk perubatan tradisional. In Kearifan tempatan pengalaman nusantara, Jilid 1: Berasal dari akar, eds. Nazarudin Zainun, Rahimah A. Hamid and Mohd Kipli Abdul Rahman (pp. 131–154). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Patthira Phon-ngam. 2013. A development of healthy promotion model by E-SAN Folk Healer’s wisdom. Journal of Social Sciences (COES & RJ-JSS) 2(2): 5–14.

Pugh-Kitingan, J. 2012. Murut. In Murut dan pelbagai etnik kecil lain di Sabah, eds. K Mariappan and P. Porodong (pp. 23–107). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Saad Othman, Zuraidah Mohd Yusoff and Adenan Jaafar. 2013. Perubatan tradisional Melayu: Konsep dan amalan. In Kearifan tempatan pengalaman nusantara, Jilid 1: Berasal dari akar, eds.

Nazarudin Zainun, Rahimah A. Hamid and Mohd Kipli Abdul Rahman (pp. 155–180). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Toelken, B. 1996. The dynamics of folklore. Logan, Utah: Utah State University Press.

Woolley, G.C. 1928. Murut folktales. Folklore 39(3): 253–271.

Yoserizal and Jamaluddin Md. Jahi. 2012. Sistem perubatan tradisional orang petalangan yang terhakis di kabupaten Pelalawan, Provinsi Riau, Indonesia. International Journal of the Malay World and Civilisation 30(1): 197–214.