Kesusasteraan Melayu dan “Novel Persuratan”: Satu Pengamatan Kritis Tentang Sambutan Terhadap Pujangga Melayu Malay Literature and “Novel of Letters”: A Critical Observation of the Reception of Pujangga Melayu

Main Article Content

Nudra Shafini Halis Azhan
Mohd Zariat Abdul Rani
Salmah Jan Noor Muhammad

Abstract

This study problematises how the novel entitled Pujangga Melayu by Mohd Affandi Hassan has been showcased. In the publication of its second edition in 2017, Pujangga Melayu was consistently and explicitly promoted, both on its front cover and in its blurb, as a “novel of letters”. Novel of letters is defined as a novel which displays thoughts/“discourse” as its main content. Prior to the second edition, the term novel of letters was never used in reference to the novel. This calls attention to the inclination of previous studies on the novel before 2017, particularly in summing up its strengths. The current study set out to analyse previous studies on Pujangga Melayu before 2017 and to summarise the strengths of the same novel based on findings of studies prior to 2017. The textual analysis that was carried out revealed that previous studies were inclined to showcase Pujangga Melayu with various labels, including “novel of discourse”, “novel of knowledge” and “work of letters”. Despite using different terms, the studies generally identified thought/discourse as the main content in the novel, and its narrative served as the medium in foregrounding thought/discourse.


 


Kajian ini merungkai permasalahan dalam soal pemeragaan novel Pujangga Melayu karya Mohd Affandi Hassan. Dalam penerbitan edisi kedua pada tahun 2017, Pujangga Melayu secara konsisten dan eksplisit diperagakan sebagai “novel persuratan” pada kulit depan dan rangsang sari novel. Novel persuratan ditakrifkan sebagai novel yang menjadikan pemikiran/wacana sebagai isian utama. Istilah novel persuratan tidak digunakan dalam pemeragaan novel tersebut sebelum edisi keduanya. Hakikat ini menarik perhatian terhadap kecenderungan kajian-kajian ilmiah sebelum tahun 2017 dalam merumuskan kekuatan karya berkenaan. Sehubungan itu, kajian ini menggariskan dua objektif iaitu untuk menganalisis kajian-kajian ilmiah terhadap Pujangga Melayu sebelum tahun 2017 dan untuk merumuskan kekuatan novel yang sama berdasarkan hasil dapatan kajian-kajian ilmiah sebelum tahun 2017. Hasil analisis mendapati bahawa kajian-kajian ilmiah sebelum tahun 2017 cenderung memperagakan Pujangga Melayu dengan beberapa label, antaranya “novel wacana”, “novel ilmu” dan “karya persuratan”. Meskipun menggunakan istilah-istilah berlainan, namun rata-rata kajian mengenal pasti pemikiran/wacana sebagai pengisian utama novel tersebut. Cerita dalam novel berkenaan pula lebih berfungsi sebagai wadah dalam mengutarakan pemikiran/wacana.

Article Details

How to Cite
Kesusasteraan Melayu dan “Novel Persuratan”: Satu Pengamatan Kritis Tentang Sambutan Terhadap Pujangga Melayu Malay Literature and “Novel of Letters”: A Critical Observation of the Reception of Pujangga Melayu. (2021). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 28(1), 73–97. https://doi.org/10.21315/kajh2021.28.1.4
Section
Articles

References

Akalily Narmi. 2020. Pujangga Melayu karya Mohd Affandi Hassan: Satu perbincangan terhadap resepsi awal penerbitannya sebagai sebuah “novel tetralogi”. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(2): 1–19.

Krippendorff, K. 2004. Content analysis: An introduction to its methodology. Thousand Oaks: SAGE Publications.

Meor Mohamad Sollehuddin Abd Rani. 2016. Konsep “Persuratan” dan konsep “Sastera” dalam Pujangga Melayu karya Mohd Affandi Hassan. Unpublished final year project, Universiti Putra Malaysia.

Mohamad Mokhtar Hassan. 2002. Pujangga Melayu: Mohd Affandi Hassan: Satu interpretasi pengarang. Paper presented at the Majlis Diskusi Buku Pujangga Melayu. Kuala Lumpur, Februari.

Mohd Affandi Hassan. 2017. Pujangga Melayu. 2nd Ed. Kuala Lumpur: Penerbit Wadi al-Irfan. ?

_______1997. Pujangga Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

_______1996. Wajah Pendeta. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

_______1994a. Jejak Warisan. Kelantan, Malaysia: Penerbit Tiga Puteri. ?

_______1994b. Citra Pujangga. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ?

_______1994c. Tampang Sasterawan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Zariat Abdul Rani. 2008. “Wacana” dan “cerita” dalam novel Pujangga Melayu karya Mohd Affandi Hassan. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 16(2): 187–201. ?

_______2006. Wacana seksualiti insan dalam novel Pujangga Melayu oleh Mohd Affandi Hassan. SARI, 24: 121–159.

Nur Fatiha Fadila Abu Bakar. 2014. Intelektualisme dalam lima novel Anwar Ridhwan. MA diss., Universiti Putra Malaysia.

Nurul Hilwany Che Shaffine. 2017. Ilmu dalam novel popular karya Aisya Sofea berdasarkan persuratan baru. MA diss., Universiti Putra Malaysia.

Ramasamy, R.S. 2007. Pujangga Melayu dari sudut pendekatan Persuratan Baru. MA diss., Universiti Malaya.

Shamsul Amri Baharuddin. 2002. Pujangga Melayu, pujangga idaman: Problematika identiti Melayu-Muslim Malaysia. Paper presented at the Majlis Diskusi Buku Pujangga Melayu. Kuala Lumpur, Februari.

Ungku Maimunah Mohd Tahir. 2012a. Wanita sebagai objek seks: Penanganannya dalam novel Bila Hujan Malam. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(2): 539– 553. ?

_______2012b. Apabila teori feminis ternyata tidak diperlukan: Satu kajian kes. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(4): 1213–1227. ?

_______2010. Cerita: Kedudukan dan peranannya dalam karya kreatif penulis wanita sebelum merdeka. GEMA Online Journal of Language Studies, 10(2): 117–131. ?

_______2009. Dinamika pemikiran sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ?

_______2002. Bagaimanakah Pujangga Melayu harus ditafsirkan? Dewan Sastera, Ogos, 36–43.

United States General Accounting Office. 1996. Content analysis: A methodology for structuring and analyzing written materials. PEMD-10.3.1. Illinois: Illinois State University.

Wan Zaida Wan Yusoff. 2009. Pemikiran dalam novel Mohd Affandi Hassan: Analisis dari sudut kajian budaya.

MA diss., Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Yuhastina. 2016. Ranah-Budi dalam novel Indonesia dan Malaysia. PhD diss., Universiti Putra Malaysia.