Penggunaan Jerangkap Samar oleh Gerila Parti Komunis Malaya (PKM) Sebagai Taktik Perang Gerila ketika Pemberontakan Bersenjata Kedua PKM The Application of Booby Traps by the Communist Party of Malaya (CPM) as Guerrilla Tactics During the CPM Second Armed Insurrection
Main Article Content
Abstract
Abstract. Booby traps are easy to produce with a lower manufacturing cost. Their use in asymmetrical warfare provides an operator with a tactical advantage by slowing enemy movement. The usage of booby traps was applied by the North Vietnamese Liberation Army and Vietcong guerrillas during the Vietnam War. It was also applied by the Communist Party of Malaya (CPM) guerrillas during the resurgence of the CPM from 1968 to 1989. However, the study of military booby trap applications in war and conflict remains limited and is not widely discussed by academics in Malaysia. This research was conducted to investigate the usage of booby traps by the CPM as a guerrilla warfare tactic. The research was based on the qualitative method based on the usage of primary and secondary data resources. The primary data were obtained through interviews and field observations. Meanwhile, the secondary data sources were academic books, theses, articles, journals and government reports. The findings showed that the application of booby traps by the CPM guerrillas had a significant effect in slowing down the security forces’ movement and demoralising their fighting morale, affected by the deadly booby traps.
Abstrak. Jerangkap samar yang digunakan dalam peperangan asimetrik telah memberikan kelebihan kepada penggunanya terutama dalam usaha memperlahankan pergerakan musuh semasa peperangan. Penggunaan jerangkap samar telah digunakan secara meluas oleh Tentera Pembebasan Vietnam Utara serta gerila Viet Cong ketika Perang Vietnam. Namun begitu, kajian yang melibatkan penggunaan jerangkap samar oleh pasukan tentera dalam konflik peperangan masih terhad serta tidak dibincangkan secara mendalam oleh ahli akademik dan pengkaji, khususnya di Malaysia. Gerila Parti Komunis Malaya (PKM) di Malaysia mengaplikasi jerangkap samar semasa menjalankan pemberontakan bersenjata komunis yang kedua. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan jerangkap samar oleh gerila PKM sebagai taktik peperangan gerila semasa pemberontakan bersenjata kedua PKM dari tahun 1968 hingga 1989. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer telah diperoleh melalui kaedah temu bual dan kajian lapangan manakala sumber sekunder melalui rujukan buku akademik, tesis, artikel jurnal serta dokumen rasmi kerajaan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan jerangkap samar oleh gerila PKM telah memperlihatkan kesan dalam memperlahankan pergerakan musuh serta menghancurkan moral anggota pasukan keselamatan.
Article Details
Issue
Section

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.